Sharing :
TREND PAMPASAN SAMAN MALU DI MALAYSIA
Liyana The Lawyer
Setakat ini di Malaysia, kes yang telah diawardkan pampasan paling tinggi adalah kes Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun v Haji Hasan Bin Hamzah [1995] 1 MLJ 39.
Di dalam kes tersebut, mahkamah tinggi telah mengawardkan RM10 Juta kepada pihak yang difitnah. Dan keputusan ini telah dipersetujui walaupun Rayuan telah dibuat ke Mahkamah Rayuan & Mahkamah Persekutuan.
Analisa amaun pampasan dalam kes Saman Malu di Malaysia dari tahun 1980-2001 telah diteliti dalam kes Karpal Singh A/L Ram Singh v DP Vijandran [2001] 4 MLJ 161.
Dalam kes tersebut, Puan Hakim Yang Bijaksana telah mengurangkan jumlah pampasan dari RM500,000 kepada RM100,000.
Prinsip utama adalah jumlah pampasan akan berbeza bagi setiap kes. Trend terkini amaun pampasan di Malaysia untuk ahli politik adalah dari RM200,000 – RM750,000.
Manakala award pampasan lain adalah dari RM20,000 – RM 1Juta sepertimana kes Dr Clarence Edwin & Anor v Harta Kumpulan Sdn Bhd & Anor [2011] 6 MLJ 764.
Moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak law,
Sekian,
-Liyana the Lawyer-