TIPS MERANGKA RESUME/CV YANG KEMAS DAN MEMBUATKAN BAKAL MAJIKAN TERTARIK

Sharing :

TIPS MERANGKA RESUME/CV YANG KEMAS DAN MEMBUATKAN BAKAL MAJIKAN TERTARIK

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Saya demam malam ni dan kelas Masters saya pula cancel.

Disebabkan saya advertise mengenai kekosongan Office Assistant, kami telah menerima berpuluh puluh resume/CV. Ada yang teratur dan kemas, ada yang tidak berapa nak cantik dan perlu diolah semula.

Oleh itu, saya ingin berkongsi kepada adik-adik saya yang sedang berusaha untuk apply kerja, cara yang sewajarnya anda patut rangka resume anda dan submit kepada bakal employer/majikan anda.

Moga dengan tunjuk ajar dan tips saya ini, dapat memudahkan adik-adik kalian mendapat kerja tersebut. Anything to help you fresh grads secure a good job because without you, there will be no better future.

💪🏻

# Tips 1: tolong convert resume/CV anda dari Word format kepada Pdf format.

Senang sahaja perkara ini namun ramai yang ambil mudah. Reason dia simple- bila anda convert kepada pdf, takdelah resume anda terlari atau spacing dan alignment jadi bersepah apabila bakal majikan membuka attachment resume/CV anda. Ini juga menunjukkan anda attentive to details dan kemas yakni bakal majikan akan lebih yakin untuk mengambil anda sebagai pekerja.

 

# Tips 2: sila ambil gambar profile yang BUKAN SELFIE🤳

Ini sangat cringe-worthy. Kalau saya buka resume/CV yang ada profile photo macam ni, nescaya saya akan klik button ‘Next’ tanpa membuang masa banyak nak baca isi resume/CV tersebut. Zaman sekarang ni tak perlu ke kedai gambar pun untuk menangkap gambar profile di studio. Jadilah kreatif sedikit- minta kawan tolong tangkap kan gambar anda berpakaian kemas dan formal dengan background dinding putih. Lepas tu boleh lah anda upload gambar tersebut dan paste di resume/CV anda. Kan senang? Easy-peasy

 

# Tips 3: Sila letak berapakah expected salary anda dan berapakah gaji yang anda peroleh dalam pekerjaan anda yang sebelumnya.

Tapi minta tolong jangan tipu ye, ada je majikan yang akan rajin buat double check background anda dan siasat samada betul ke tak anda dapat gaji sebagai cashier kfc sebanyak RM5,000.00. Kalau saya memang tahulah, sebab zaman saya kerja jadi cashier kfc sementara menanti keputusan SPM dulu bayaran part timer rm2.50 je sejam. Haha.

Bila anda letak expected salary juga akan membantu para bakal majikan menilai samada anda adalah berpatutan dengan expected salary anda berdasarkan kepada pengalaman kerja anda sebelum ini dan/atau keputusan anda di tahap SPM/A levels/Diploma/Degree dan sewaktu dengannya.

 

# Tips 4: NO SPELLING & GRAMMAR MISTAKES.

Bila anda hantar resume/CV kepada bakal majikan, anda seolah memberi first impression kepada mereka yang tak pernah mengenali siapa anda sebelum ini.

Ada majikan yang akan tutup sebelah mata dan anggap ianya sebagai careless mistake yang boleh dimaafkan. Tapi percayalah cakap saya, jika adik-adik nak appy kat company besar-besar dan international dengan gaji yang agak asyuk, mereka memang akan sangat particular dengan kesalahan ejaan, penstrukturan ayat dan juga grammar mistakes sekiranya resume/cv anda adalah dalam bahasa Inggeris. Which brings me to the next tip:-

 

# Tips 5: English or Malay?

Kadangkala anda akan melihat iklan jawatan kosong atau anda mendapat tahu tentang kekosongan jawatan samada di LinkedIn, JobStreet dan sebagainya. Cuba teliti bahasa apa yang sedang digunakan untuk mengiklankan jawatan kosong tersebut.

Jika hanya dalam bahasa Inggeris, maka, berikanlah jawapan dan juga resume/CV anda sepenuhnya dalam bahasa inggeris. Ini sebenarnya taktik bakal majikan juga untuk melihat tahap kefasihan dan kebolehan anda berbahasa inggeris. Jika iklan tersebut adalah dalam bahasa melayu, maka anda bebas menghantar resume/CV anda dalam bahasa kebangsaan kita.

Okay sekian sahaja tips dan perkongsian saya kepada adik-adik sekalian. Saya yakin tips tips di atas ini boleh membuatkan bakal majikan anda pay attention dan baca juga resume/cv anda dan mudah-mudahan adik-adik dapat kerja yang diimpikan.

P/s:- Siapa kat sini tahu apa “Resume” dalam bahasa melayu?

🤔
Macam tak pernah dengar orang guna kan?

 

Moga bermanfaat,

#LiyanaTheLawyer

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment