“THE BUNTU SERIES” DARI LIYANA THE LAWYER

“Kemalangan dengan anjing liar di jalan raya? Boleh ke ambil tindakan saman terhadap  majlis bandaraya?”

SOALAN: 

Saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya  dengan anjing liar sehingga saya mengalami  kecederaan yang teruk. Bolehkah saya  membuat tuntutan pada pihak majlis  

bandaraya? Saya buntu. 

JAWAPAN: 

Haiwan liar di Jalan raya bukanlah tanggungjawab sepenuhnya pihak majlis  bandaraya. Keadaan di Jalan raya adalah  tanggungjawab setiap individu. Pastikan anda memandu dengan berhemah. Akan tetapi, anda  boleh dapatkan advise peguam dulu jika nak  memulakan apa-apa tuntutan saman.

“Boleh ke nak saman orang ketiga dalam rumahtangga?” 

SOALAN:  

Boleh ke saya nak saman orang ketiga dalam  hubungan kami suami isteri? Boleh bantu saya  sebab saya sangat buntu. 

JAWAPAN:

Saya banyak terima soalan begini. Bukan tak  boleh tapi bergantung kepada bukti-bukti yang kita ada untuk dakwaan tersebut. Kena set sesi konsultasi dulu supaya saya dapat advise lebih detail kerana setiap kes jalan ceritanya tidak sama.

“Adakah perjanjian pre-nuptial sah bagi muslim?”

SOALAN:  

Boleh ke saya nak buat kontrak pernikahan dengan pasangan saya dengan syarat-syarat tertentu supaya pasangan saya terikat dengan kontrak tersebut. 

JAWAPAN: 

Boleh, jika anda bukan beragama islam. Kontrak  tersebut sah diguna pakai. Tetapi jika anda seorang muslim, kontrak tersebut tidak sah  dibuat kerana kita terikat kepada tuntutan agama. Anda nak tahu lebih lanjut?Jom hubungi kami sekarang. 

“Kontrak perniagaan yang berat sebelah?”

SOALAN: 

Saya ada projek baru berkaitan bisnes saya  dengan pihak ketiga. Kontrak berniagaan  disediakan oleh pihak mereka dan bila saya baca kontrak tersebut seperti berat sebelah. Banyak kelebihan hanya pada mereka. Apa saya boleh buat?Saya buntu. 

JAWAPAN: 

Sebelum anda tandatangan sesuatu kontrak,  pastikan anda baca dan fahami dahulu isi  kandangan kontrak tersebut. JANGAN tandatangan kontrak yang berat sebelah, kelak  anda akan susah dan rugi. Jika anda tidak yakin  atau faham terma-terma untuk didalam kontrak tersebut, anda boleh dapatkan nasihat dengan  peguam untuk pastikan kontrak tersebut adil  pada kedua-dua pihak.

“berbalah dengan keluarga disebabkan harta pusaka?!”

SOALAN: 

Saya telah kehilangan Ayah pada bulan lepas  dan arwah ayah meninggal beberapa harta yang  perlu diuruskan. Tetapi harta peninggalan tidak  dapat diuruskan dengan baik dan mendapat  pertikaian dari waris yang lain. Apa saya patut  buat? Saya buntu. 

JAWAPAN: 

Sering kali juga saya mendapat pertanyaan  seperti ini. Ramai keluarga berbalah disebabkan  oleh harta pusaka. Kes harta pusaka bertikai ini  boleh diuruskan tetapi anda mesti melantik  peguam kerana urusannya yang agak kompleks  kerana tidak mendapat kerjasama waris lain.  Jika nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi pada  talian dibawah.

PERLUKAN NASIHAT GUAMAN DARI LIYANA &  CO?  

Temujanji bersama peguam kami boleh melalui  tiga (3) cara iaitu:  

• Panggilan Telefon 

• Atas talian (Google Meet/Zoom) 

• Perjumpaan di Pejabat 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun  pengalaman dalam menyelesaikan masalah  perundangan yang kompleks untuk orang  ramai.  

“Peguam & Penyelamat Anda”  

 Hubungi kami di talian:  https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment