“THE BUNTU SERIES”  DARI LIYANA THE LAWYER

“Viralkan seseorang atau company di sosial media boleh kena saman ke?”

SOALAN: 

Saya ada upah orang untuk pemasangan  cabinet dapur tapi hasil kerja mereka tidak  seperti dijanjikan dan mereka tak nak bertanggungjawab. Jadi, saya viralkan mereka di  dalam group Facebook supaya orang lain tidak  menjadi mangsa. Salah ke tindakan saya? Saya boleh kena saman ke? Saya buntu. 

JAWAPAN: 

Ramai yang menganggap memviralkan  seseorang yang buat salah terhadap kita adalah betul dengan alasan supaya orang lain tidak  terkena. Tapi sebenarnya SALAH disisi undang undang. Jika kita nak ambil tindakan, gunakan  saluran yang betul. Dapatkan nasihat dari  peguam supaya anda tidak tersalah Langkah.

“Ibu kandung saman anak sendiri sebab harta?”

SOALAN:  

Saya telah terima saman daripada ibu kandung  saya tentang rumah yang dipindah milik pada  saya beberapa tahun lepas atas sebab kasih  sayang tapi sekarang ibu saya menafikannya.  Apa saya perlu buat? Saya buntu. 

JAWAPAN: 

Jujur saya cakap, tahun 2023 kami telah terima  soalan begini sebanyak 3 kali dengan kes yang  hampir sama. Biasanya perkara yang melibatkan  harta pusaka ni memang rumit dan mendapat  pertikaian terutama dengan adik-beradik  kandung. Jika anda mempunyai masalah  sebegini atau melibatkan harta pusaka, boleh  hubungi kami untuk dapatkan nasihat lanjut.

“Jiran dari neraka?”

SOALAN:  

Jiran saya ada pasang CCTV tp menghala rumah  saya, saya tak pasti kenapa tapi perkara ini  membuatkan saya tidak selesa kerana seperti  diperhatikan. Apa saya boleh buat? Saya buntu. 

JAWAPAN: 

Memang ada jiran yang berperangai begini.  Sibuk nak tahu apa jiran dia buat. Benda macam  ni memang boleh diambil tindakan kerana telah  menceroboh privasi kita. Pada peringkat  permulaan, mungkin boleh berbincang secara  baik dengan jiran tersebut, tetapi jika tidak  mendapat penyelesaian yang baik, boleh  menghantar notis tuntutan untuk tindakan  selanjutnya. Boleh hubungi kami untuk nasihat  lanjut.

“Kalau kena scam boleh ke dapat duit  semula?”

SOALAN:  

Saya nak tanya boleh ke kita dapat semula duit  yang telah di scam? Kalau nak saman scammer  tersebut tetapi kita tak ada maklumat peribadi  dia macam mana ya? Tolong saya, saya buntu. 

JAWAPAN: 

Permasalahan ini semakin kerap berlaku. Ramai  mudah tertipu dengan janji-janji palsu oleh  orang lain yang mereka tidak kenali pun. Nak  dapat semula duit yang telah ditipu tu agak  susah tetapi kita boleh cuba dengan mengambil  tindakan saman. Untuk maklumat scammer  pula, kita boleh cuba buat carian dengan  perlbagai cara yang betul. Macam mana nak  tahu? Jom hubungi kami untuk maklumat  lanjut. 

“Kontrak sewa rumah yang berat sebelah?”

SOALAN: 

Saya ada nak menyewa rumah, tuan rumah  sediakan kontrak untuk saya tandatangani, tapi  bila saya baca, kontrak tersebut seperti berat  sebelah. Banyak kelebihan hanya pada tuan  rumah. Apa saya boleh buat? Saya buntu. 

JAWAPAN:

Sebelum anda tandatangan sesuatu kontrak,  pastikan anda baca dan fahami dahulu isi  kandangan kontrak tersebut. JANGAN  tandatangan kontrak yang berat sebelah, kelak  anda akan susah dan rugi. Jika anda tidak yakin  atau faham terma-terma untuk didalam kontrak tersebut, anda boleh dapatkan nasihat dengan  peguam untuk pastikan kontrak tersebut adil  pada kedua-dua pihak.

“Bisnes anda diciplak?!”

SOALAN: 

Saya telah berniaga selama 5 tahun. Tiba-tiba  ada orang lain telah membuka restoran  bersebelahan restoran saya dengan konsep,  reka bentuk dan menu yang sama dengan  restoran saya. Ini telah menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan dan telah  merugikan saya. Apa saya boleh buat? Saya  buntu. 

JAWAPAN: 

Saya pernah beberapa kali menerima soalan  begini. Sebenarnya anda boleh ambil tindakan  terhadap mereka yang meniru anda dengan niat  menjatuhkan dan merugikan anda. Boleh  hubungi kami untuk dapatkan nasihat lanjut  tentang perkara ini.

PERLUKAN NASIHAT GUAMAN DARI LIYANA &  CO?  

Temujanji bersama peguam kami boleh melalui  tiga (3) cara iaitu:  

• Panggilan Telefon 

• Atas talian (Google Meet/Zoom) 

• Perjumpaan di Pejabat 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun  pengalaman dalam menyelesaikan masalah  perundangan yang kompleks untuk orang  ramai.  

“Peguam & Penyelamat Anda”  

“Peguam & Penyelamat Anda”  

 Hubungi kami di talian:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment