“PEGUAM SATU KAKI KE NERAKA?! “
SOALAN:
Puan Liyana, betul ke peguam ni satu kaki masuk neraka? Saya nak ambil kos undang undang tapi saya takut masuk neraka. Macam mana ni? Saya buntu.
JAWAPAN:
Ini sebenarnya soalan kegemaran saya. Saya rasa biased lah pandangan ni kan, bagi saya mana-mana profesyen pun, kalau tak dijalankan dengan amanah, maka orang tersebut yang patut masuk ke neraka
contohnya buat kerja sambi lewa, tak amanah, songlap duit, buat nak taknak sekadar makan gaji buta ke, dalam apa jua profesyen, ianya tetap tidak boleh diterima.
Percayalah apa pun pekerjaan kita, kalau kita berusaha dengan bersungguh-sungguh , kita berdoa dan bertawakal dan buat yang terbaik, pasti ada rezekinya Jadi kepada adik-adik di luar sana, jangan risau, jadi peguam bukanlah auto masuk neraka ke apa, kalau macam tu pupus lah semua peguam kat malaysia ni baik peguam sivil mahupun peguam syarie.
“KENAPA KHIANATI CINTA KITA?”
SOALAN:
Bekas kekasih ugut nak sebar gambar lucah, apa perlu saya buat? Saya buntu.
JAWAPAN:
Soalan ni antara soalan femes yang kami selalu terima. Saya dah pernah nasihatkan wanita wanita diluar sana, JANGAN berikan gambar peribadi anda kepada orang luar seperti kekasih anda.
“BILA DAH BERDUIT, BUSINESS PARTNER TIKAM BELAKANG!”
SOALAN:
Rakan Kongsi bisnes saya telah menipu dan melarikan duit Syarikat. Apa patut saya buat? Saya buntu.
JAWAPAN:
Perkara ini tidak asing lagi dan sering terjadi kepada pemilik perniagaan diluar sana. Jika terjadi seperti ini, anda dinasihatkan untuk cepat-cepat ambil tindakan dengan menghubungi peguam untuk dapatkan nasihat lanjut. Jika dibiarkan, perkara ini mungkin akan menjadi lebih teruk!
“PENYONDOL SEMUA TAK BERDOSA?!”
SOALAN:
Betul ke kalau ada penyondol, boleh bawa kes ke mahkamah? saya dengar undang-undang ada tapi tiada penguatkuasaan? Saya buntu.
JAWAPAN:
Saya tahu ramai wanita diluar sana yang sering mengalami situasi seperti ini. Bagi saya, kalau dah ada penyondol, move on jela dengan seseorang yang lebih menghargai kita, Tapi sebenarnya dalam undang-undang ada beberapa larasan undang-undang yang anda perlu tahu sebelum bertindak melulu. Jangan sampai kena saman pula, better berjaga jaga!
“SAYA KENA VIRAL TAPI SAYA YANG DISAMAN?!”
SOALAN:
Puan liyana, saya kena viral minggu lepas dan saya founder terkenal di Malaysia. Jadi, saya pun buatlah ‘live’ dan mengutuk orang yang viralkan saya tu, tiba-tiba saya dapat notis tuntutan, macam mana ni? Saya buntu.
JAWAPAN:
Ramai yang tidak tahu bahawa dengan bercerita buruk mengenai seseorang individu di khalayak ramai adalah salah satu elemen bagi saman fitnah. Anda boleh diambil tindakan jika berbuat demikian. Jadi saya nasihatkan anda berhati hati didalam setiap posting di media sosial.
PERLUKAN NASIHAT GUAMAN?
Temujanji bersama peguam kami boleh melalui tiga (3) cara iaitu:
• Panggilan Telefon
• Atas talian (Google Meet/Zoom)
• Perjumpaan di Pejabat
Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks untuk orang ramai.
“Peguam & Penyelamat Anda”
Hubungi kami di talian: