TAWARAN PEKERJAAN DI PLATFORM E-COMMERCE

Sharing :

TAWARAN PEKERJAAN DI PLATFORM E-COMMERCE

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Adik saya seorang fresh grad telah berjaya mendapat tawaran pekerjaan di sebuah platform e-commerce yang agak terkenal dan gah di Malaysia. Agak hebat untuk adik saya mendapat kerja bagus lagi-lagi pada musim PKP ini. Tahniah dan congratulations saya ucapkan kepada adik last saya ini. 

Tiba-tiba pagi tadi dia mesej minta saya tolong bacakan Offer Letter beliau setebal 22 muka surat dari bakal majikan nya. Siap pancing lagi kata Mak saya pun minta tolong sekali. Ewahhh pandai ye guna taktik the ‘Mak Card’  

 

Saya pun vet through Letter Offer beliau. Ada satu klausa yang menarik perhatian saya di mana dalam klausa tersebut telah dinyatakan bahawa adik saya tidak dibenarkan untuk bekerja dengan competitor dalam tempoh masa 12 bulan sekiranya adik saya sudah tidak bekerja dengan syarikat ini lagi. 

Terus saya screenshot dan beritahu adik saya bahawa ‘This is a silly clause, It’s not valid according to the section 28 of the Contracts Act 1950’. Agak pelik juga saya bagaimana syarikat ecommerce gergasi ini yang mungkin ada legal panel mereka sendiri boleh merangka surat tawaran pekerjaan yang melanggar Akta perundangan Malaysia. 
 

 

Buat pengetahuan anda semua, sekiranya ada klausa begitu dalam mana-mana Surat Tawaran pekerjaan, general rule nya adalah tidak sah. Seorang majikan tidak boleh menghalang bekas pekerjanya bekerja dengan competitor.

 

 Adalah beberapa situasi yang boleh a.k.a the general exceptions, tetapi itu nanti saya ceritakan dalam posting lain. . Dalam kes Polygram Records Sdn Bhd v. Hillary Ang (Collectively Known As “The Search”) [1994] juga mengesahkan bahawa seksyen 28 ini terpakai dalam tempoh selepas tamatnya pekerjaan tetapi bukan ketika pekerja masih bekerja dengan majikan tersebut. 

 

Dalam kata lain, time bekerja dengan majikan sah-sah lah anda TIDAK BOLEH bekerja dengan competitor. Namun selepas anda telah berhenti dengan company FoodPanda misalnya dan kemudian menerima tawaran dan bekerja dengan GrabFood, tiada masalah. 

 

Moga memperkasakan ilmu perundangan anda semua, 

Sekian, 

 

-Liyana the Lawyer-

 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment