Anda seorang majikan? Adakah anda tahu apa yang didefinisikan sebagai majikan menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177)?
Seksyen 2:
“Mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang mengambil pekerja di bawah suatu kontrak pekerjaan, dan termasuk Kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa, kecuali yang dinyatakan jelas menurut Akta ini.”
Jadi, anda rasa anda ni seorang majikan ke? Kalau ya, jom ikuti perkongsian saya yang seterusnya!
TANGGUNGJAWAB AM MAJIKAN
Jom saya kongsikan beberapa tanggungjawab am sebagai majikan. Sudah pasti, ada banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seorang majikan selain daripada yang saya kongsikan ini.
-Menyediakan surat tawaran kerja
-Mendaftar sebagai majikan di KWSP dan PERKESO
-Membuat caruman untuk pekerja bagi KWSP, PERKESO dan SIP
-Membayar gaji pada waktunya
-Memberikan cuti yang sewajarnya
ASPEK TANGGUNGJAWAB MAJIKAN TERHADAP PEKERJA (1)
Jom saya kongsikan beberapa perkara yang majikan perlu cakna berkenaan hal pekerja.
Waktu bekerja
i. Waktu bekerja adalah 8 jam sehari dan maksimum 12 jam, termasuk kerja lebih masa
(Seksyen 60A(b) dan 60A(b)(7) Akta Kerja 1955)
ii. Waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh 5 jam bekerja
(Seksyen 60(1)(a) Akta Kerja 1955)
Pembayaran gaji
i. Memberi penyata gaji
(Peraturan 9, Peraturan-peraturan Kerja 1957)
ii. Tempoh pembayaran gaji tidak melebihi 1 bulan
(Seksyen 18 Akta Kerja 1955)
ASPEK TANGGUNGJAWAB MAJIKAN TERHADAP PEKERJA (2)
Pemberian cuti
i. Cuti sekurang-kurangnya 11 hari Cuti Pelepasan Am
(Seksyen 60D Akta Kerja 1955)
ii. Cuti tahun bergaji berdasarkan tempoh perkhidmatan pekerja
(Seksyen 60E Akta Kerja 1955)
Penamatan kerja
i. Tidak boleh memberhentikan pekerja dalam tempoh cuti bersalin
(Seksyen 37(4) Akta Kerja 1955)
ii. Boleh memberhentikan pekerja jika pekerja tidak hadir 2 hari berturut-turut tanpa alasan munasabah selepas menjalankan siasatan
(Seksyen 14(1) dan seksyen 15(2) Akta Kerja 1955)
KESELAMATAN PEKERJA
JKKP LWN. KOKO SDN. BHD. [2013] I LNS 1427
Koko telah didakwa di bawah seksyen 15(1) AKKP kerana seorang pekerjanya meninggal dunia ketika menaiki traktor sewaktu tempoh kerja.
Si mati sedang duduk di atas penghadang tayar dan terjatuh semasa traktor membelok di selekoh tajam.
Mahkamah Sesyen membebaskan Koko.
Rayuan dibuat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Mahkamah Tinggi.
Diputuskan yang Koko sebagai majikan telah mengambil semua langkah yang sepatutnya dan sewajarnya untuk menjaga keselamatan pekerja-pekerja.
Ini termasuk memberikan penerangan keselamatan dan mengarahkan pekerja duduk di atas lantai traktor semasa traktor bergerak.
Anda dibelenggu masalah guaman?
Ada persoalan perundangan yang nak ditanya?
Jom dapatkan nasihat guaman daripada kami!
Hubungi kami sekarang untuk dapatkan khidmat guaman dan konsultasi daripada peguam-peguam profesional kami yang sudah sedekad berada dalam bidang guaman!
Apa tunggu lagi?
Hubungi kami untuk set temujanji: