Sharing :
SAYA KOMEN BENDA BETUL TAPI DIKENAKAN SAMAN FITNAH!
Liyana The Lawyer
Kerap kali saya mendapat soalan bagaimana jika seseorang itu memberikan komen tentang sesuatu yang benar namun kemudian beliau di Saman atas tuduhan fitnah oleh pihak dimana komen tersebut ditujukan?
Dalam kes NAZERRA HANIE BT KHAIRUDIN v NAZLAN BAHARUDIN |[2019] 8 MLJ 689, fakta menunjukkan bahawa H telah menyebarkan gambar-gambar menyayat hati tentang kanak-kanak yang dikatakan diperlakukan secara teruk di sebuah Rumah Harapan di Jalan Cempaka, Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.
Pada waktu gambar-gambar tersebut disebarkan, H merupakan seorang yang memegang jawatan sebagai Media & Publicity Administrator persatuan kebajikan X manakala Encik N merupakan seorang Setiausaha persatuan kebajikan X
Berikutan laporan itu, presiden persatuan kebajikan X telah mengarahkan Jawatankuasa Kecil Rumah Harapan untuk meneliti dakwaan dalam laporan itu. Akibatnya, satu pasukan petugas bebas telah ditubuhkan untuk menyiasat kandungan laporan H itu.
Encik N kemudian telah membuat laporan polis terhadap H berkenaan dakwaan H dalam laporan itu. Pada 28 Mac 2016, persatuan kebajikan X telah mengadakan mesyuarat tahunannya dan Encik N kemudian memberi powerpoint presentation tentang penemuan dan hasil laporan pasukan petugas bebas tersebut.
Di sini, seksyen 9 Akta Fitnah digunapakai yang memperuntukkan bahawa:-
- perkataan yang dinyatakan adalah komen dan bukan pernyataan fakta;
- terdapat asas fakta yang nyata benar atau yang mana komen itu dibuat;
- komen tersebut adalah mengenai perkara berkepentingan awam; dan
- komen itu dibuat secara jujur dan tanpa niat jahat.
Hakim yang bijaksana telah memutuskan bahawa:-
Berdasarkan laporan pasukan petugas, ia tidak boleh dikatakan bahawa ulasan Encik N tentang laporan H adalah tidak adil atau tidak jujur. Encik N dalam kapasitinya sebagai setiausaha hanya memberi taklimat kepada ahli-ahli persatuan kebajikan X tentang dakwaan H.
Mahkamah mendapati bahawa tiada niat jahat terhadap H oleh Encik N dan hasil laporan jawatankuasa bebas juga telah membuktikan bahawa H telah membuat laporan palsu dan telah menyuruh kanak-kanak tersebut untuk posing dalam keadaan menyayat hati dan sedih dalam gambar tersebut. H telah dengan sengaja berbuat demikian untuk memberi imej negatif kepada Rumah Harapan tersebut yang kononnya menganiaya kanak-kanak yang ditempatkan di situ.
Di peringkat Mahkamah Sesyen, H telah kalah dan diperintahkan membayar kos sebanyak RM20,000.00. H telah cuba membuat rayuan di Mahkamah Tinggi di mana Hakim telah sekali lagi memutuskan bahawa tuntutan H adalah tidak berasas dan menolak rayuan H dengan kos RM10,000:
Moga anda semua lebih bijak law setelah membaca artikel saya ini,
Sekian,
-Liyana the Lawyer-