Adakah anda tahu kawasan kejiranan berpagar mungkin melanggar undang undang? Dari palang keselamatan hingga pemeriksaan keselamatan, apa yang sebenarnya dibenarkan dalam komuniti berpagar dan berpengawal kerana apa yang nampak selamat mungkin tidak selalu sah di sisi undang undang
MENUKAR KAWASAN KEJIRANAN ANDA KEPADA KOMUNITI BERPAGAR?
Tahukah anda, hartanah bukan berstrata TIDAK BOLEH membentuk komuniti berpagar dengan halangan fizikal?
Penukaran memerlukan kelulusan kerajaan tempatan dan persetujuan majoriti penduduk, mengikut garis panduan ketat tentang infrastruktur dan operasi. Ia tidak semudah memasang palang keselamatan! Ketahui langkah langkah undang-undang, daripada mendapatkan permit hingga persetujuan penduduk, untuk menjadikannya rasmi.
PALANG KESELAMATAN: KESELAMATAN VS GANGGUAN?
Apa yang berlaku apabila palang keselamatan menghalang jalan awam? Palang keselamatan di jalan awam adalah tidak sah melainkan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ia tidak boleh menyebabkan gangguan atau menghalang akses awam.
ADAKAH KAWASAN KEJIRANAN BERPENGAWAL BOLEH MENGEHADKAN KEMASUKAN?
Kawasan kejiranan berpengawal tidak boleh menghalang jalan awam atau menafikan akses kepada orang awam kerana kawasan ini masih di bawah kuasa awam.
BOLEHKAH PERSATUAN PENDUDUK MEMAKSA ANDA UNTUK MEMBAYAR FI PERKHIDMATAN KESELAMATAN?
Tidak, pembayaran untuk perkhidmatan keselamatan di kawasan kejiranan berpengawal adalah secara sukarela. Penduduk yang tidak membayar tidak boleh dihukum atau dinafikan akses ke kawasan perumahan tersebut.
BOLEHKAH PENGAWAL KESELAMATAN MEMINTA KAD PENGENALAN ANDA?
Jawapannya, BOLEH.
Pengawal keselamatan boleh memeriksa dan merekod butiran kad pengenalan anda tetapi tidak boleh menyimpannya. Pastikan kad pengenalan anda dikembalikan serta-merta.
APA YANG BERLAKU JIKA KOMUNITI ANDA BEROPERASI TANPA PERMIT?
Komuniti yang beroperasi tanpa permit yang sah berisiko dikenakan tindakan penguatkuasaan, seperti perobohan struktur yang tidak dibenarkan, pembatalan kelulusan, atau penalti undang-undang.
Ragu-ragu jika komuniti berpagar atau berpengawal di kawasan anda mematuhi undang-undang?
Hubungi kami sekarang!