PENTADBIRAN HARTA PUSAKA?

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Peguam & Penyelamat Anda

FUNGSI PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR

Surat kuasa mentadbir dimohon oleh pentadbir yang mempunyai kepentingan ke atas harta pusaka si mati untuk menuntut harta pusaka yang ditinggalkan. Permohonan ini dibuat jika si mati tidak meninggalkan wasiat. Dalam keadaan si mati ada berwasiat, wasi perlu membuat permohonan mendapatkan geran probet untuk melaksanakan wasiat si mati. Ringkasnya, permohonan surat kuasa mentadbir ini adalah langkah pertama yang perlu dibuat untuk memastikan pentadbiran harta pusaka si mati terlaksana.

SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR?

Bercakap mengenai permohonan surat kuasa mentadbir, ia boleh dimohon oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas harta pusaka si mati. Kebiasaannya, pentadbir adalah dalam kalangan waris. Bagi tujuan ini, waris-waris si mati perlu berbincang untuk memilih siapa yang layak untuk menjadi pentadbir. Ada juga dalam situasi lain di mana pihak tersebut juga mempunyai kepentingan dan memohon permohonan surat kuasa mentadbir iaitu:-

  • Pemiutang
  • Pembeli hartanah si mati di bawah perjanjian yang sah
  • Rakan kongsi perniagaan

DI MANA PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR BOLEH DIBUAT?

Pentadbir mempunyai pilihan untuk membuat permohonan di:-

Mahkamah Tinggi Sivil

  • Berkaitan permohonan surat kuasa mentadbir atau geran probet oleh waris-waris atau pihak berkepentingan.
  • Jumlah keseluruhan harta melebihi RM2 juta.

Pejabat Pusaka Kecil

  • Berkaitan permohonan surat kuasa mentadbir.
  • Jumlah harta adalah kurang daripada RM2 juta, mesti terdapat harta tak alih.

Amanah Raya Berhad

  • Sebuah syarikat peramanahan yang boleh mentadbir harta pusaka tanpa surat kuasa mentadbir daripada Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pentadbir Tanah Daerah.
  • Boleh menjadi pentadbir harta pusaka bagi jumlah harta kurang daripada RM600,000 dan 100% harta alih.

PERMOHONAN GERAN PROBET?

Jika si mati meninggalkan wasiat, wasi yang dinamakan di dalam wasiat boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan Geran Probet. Mahkamah akan melihat dan menentukan sama ada wasiat tersebut adalah sah dan boleh dikuatkuasakan. Setelah geran probet diperolehi, pentadbiran harta pusaka boleh dibuat oleh wasi yang dilantik Mahkamah untuk membahagikan dan menguruskan harta pusaka si mati.

APA ITU WASIAT?

Seksyen 2 Akta Probet dan Pentadbiran 1959:

Wasiat termasuk mana-mana kodisil atau dokumen wasiat lain dan wasiat istimewa yang sah di bawah seksyen 26 Akta Wasiat 1959 [Akta 346], atau undang-undang bertulis yang sepadan yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak.Seksyen 2 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999: Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

KONFLIK PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ANTARA ADIK BERADIK

Amar lwn Siti dan Mira [2007] 3 MLJ 418-bukan nama sebenar (kes Mahkamah Rayuan). Amar, Siti dan Mira adalah adik beradik. Ibu bapa mereka telah meninggal dunia. Amar menuntut daripada Siti dan Mira harta pusaka arwah ibu mereka. Arwah meninggalkan sebidang tanah yang ada rumah di atasnya. Pembahagian dan pindahmilik tanah telah dibuat atas nama Siti dan Mira sahaja. Amar tidak mengetahui apa-apa. Amar menyatakan semasa permohonan pembahagian dibuat oleh Siti, permohonan disokong oleh satu surat akuan oleh abang kandung arwah ibu mereka; Pak Cik Jali. Pak Cik Jali membuat pengakuan yang arwah tiada anak lelaki. Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Amar. Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan membicarakan permohonan Amar.

ADA ISU DENGAN KELUARGA ANDA BERKENAAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA?

Buntu tidak tahu jalan penyelesaian? Tidak tahu perlu rujuk siapa? Dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!

DO YOU NEED A LEGAL ADVICE?

Your Lawyer & Rescuer

Contact us to set up an appointment with our lawyers.
Our lawyers are always ready to assist you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *