Adakah anda seorang pengarah syarikat? Tahukah anda kewajiban fidusiari sebagai seorang pengarah syarikat mengikut undang-undang di Malaysia?
Kewajiban fidusiari seorang pengarah syarikat berdasarkan seksyen 213 (1) Akta Syarikat 2016 adalah pengarah syarikat hendaklah pada setiap masa menjalankan kuasanya mengikut Akta ini, bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati untuk kepentingan syarikat.
APAKAH KEWAJIBAN FIDUSIARI SEORANG PENGARAH SYARIKAT?
Antara kewajiban fidusiari yang perlu diambil kira oleh seorang pengarah syarikat:
1. Bertindak jujur demi kepentingan syarikat.
2. Tidak menggunakan maklumat yang diperolehi dalam kapasiti seorang pengarah syarikat untuk kepentingan diri sendiri atau pihak selain syarikat.
3. Tidak menggunakan kedudukan sebagai seorang pengarah untuk kepentingan diri sendiri.
4. Tidak boleh menyimpan atau memegang untung secara rahsia.
PENGARAH SYARIKAT BOLEH KENA SAMAN KE?
Jika anda tidak menjalankan kewajiban fidusiari anda dengan betul, adakah anda boleh disaman?
Ya. Kesan kemungkiran kewajiban fidusiari oleh pengarah syarikat yang memungkiri kewajiban fidusiarinya adalah anda bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan dan boleh dikenakan penjara bagi tempoh yang panjang ataupun denda yang berat.
APAKAH KES YANG TELAH DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH?
Antara yang telah diputuskan oleh Mahkamah berkenaan kemungkiran kewajiban fidusiari adalah Soh v Syn [2019] 2 MLJ 379. Kes ini adalah kes rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Perayu bekerja sebagai ketua pegawai eksekutif responden. Kira-kira empat tahun selepas pelantikannya atas jawatan itu, audit dalaman yang dijalankan oleh responden menunjukkan bahawa perayu telah bertanggungjawab atas beberapa penyelewengan dalam urusan perniagaan responden dengan dua syarikat lain yang menyebabkan responden mengalami kerugian besar. Responden menyaman perayu kerana memungkiri tanggungjawab fidusiarinya sebagai pegawai eksekutif yang menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM16,389,788.71. Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan itu dan memberikan penghakiman bagi jumlah tersebut. Oleh yang demikian, perayu telah melakukan rayuan bagi keputusan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan bahawa perayu telah memungkiri tanggungjawab fidusiarinya sebagai pegawai eksekutif kepada responden. Walau bagaimanapun, Mahkamah mengenepikan award RM 16,389,788.71 kepada responden atas sebab responden gagal untuk membuktikan tuntutan RM 15, 389, 788.71 tersebut.
ANDA NAK TAHU APAKAH HUKUMAN MEMUNGKIRI KEWAJIBAN FIDUSIARI?
Apakah perkara yang boleh dikenakan terhadap anda jika anda tidak menjalankan tanggungjawab fidusiari sebagai pengarah syarikat dengan betul? Anda boleh dikenakan hukuman seperti berikut:
1. Denda atau kompaun.
2. Penyingkiran daripada menjadi pengarah syarikat.
3. Pembekuan akaun syarikat.
KES LAIN YANG TELAH DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH.
Kes lain yang telah diputuskan di Mahkamah adalah TL Sdn Bhd v T Sdn Bhd & Ors [2019] 3 MLJ 510. Dalam kes ini, Defendan-defendan adalah pengarah TL Sdn Bhd yang mempunyai kewajiban memberikan semua maklumat kepada TL Sdn Bhd untuk kemajuannya. Dakwaan oleh TL Logistics adalah bahawa keseluruhan perniagaannya dialihkan ke, dan diperolehi oleh T Sdn Bhd melalui tindakan dan pengabaian yang mengakibatkan kemungkiran tanggungjawab fidusiari oleh Defendan Keempat dan Kelima serta konspirasi untuk memperoleh perniagaan TL Sdn Bhd yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan padanya. Konspirasi ini terdiri daripada pengalihkan perniagaan, aset dan pekerja yang disengajakan oleh TL Sdn Bhd kepada T Sdn Bhd oleh Defendan-defendan.
Oleh yang demikian, tindakan Defendan-defendan yang gagal memberikan dan mendapatkan persetujuan atau ratifikasi pada mesyuarat agung untuk penubuhan logam T dan tetap meneruskan tindakan mengabaikan tanggungjawab fidusiari, Defendan-defendan dengan jelas telah memungkiri tanggungjawab.
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan kewajiban fidusiari seorang pengarah syarikat? Jangan lepaskan peluang untuk set temu janji bersama peguam peguam kami.Hubungi kami sekarang!
“Peguam & Penyelamat Anda”
Hubungi kami di talian: