Cap Dagangan atau Tanda Dagangan adalah apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, lable, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.
PENDAFTARAN CAP DAGANGAN: LANGKAH UTAMA UNTUK HAK EKSKLUSIF DAN PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG
Keistimewaan pendaftaran harta intelektual di dalam cap dagangan adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan untuk:
1) Hak Eksklusif – Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan.
Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
2) Bukti sah undang-undang – Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri.
Bolehkah Pesaing Menerbitkan Iklan Serupa yang Mungkin Mengelirukan Pelanggan Anda?
Bayangkan anda membuat bisnes jual tudung dan telah mengeluarkan kos yang banyak untuk mengiklankan produk anda. Tiba-tiba satu hari anda nampak iklan tudung yang seakan-akan sama dengan iklan produk anda sehingga pelanggan keliru dan ingat produk pesaing dan produk anda adalah produk yang sama. Boleh ke pesaing buat macam ni?
Ini sebenarnya dikira sebagai pelanggaran cap dagangan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan/atau peniruan jenama.
Antara elemen pelanggaran cap dagangan adalah:
1) Pesalah menggunakan tanda dagangan yang seakan-akan sama dengan tanda dagangan Pemilik sehingga menyebabkan kekeliruan pelanggan.
2) Pesalah bukan Pemilik mahupun Pengguna berdaftar ‘tanda dagangan’ tersebut.
3) Pesalah menggunakan ‘tanda dagangan’ tersebut dalam sektor perniagaan yang sama dengan Pemilik.
4) Pesalah menggunakan ‘tanda dagangan’ tersebut bagi produk atau servis yang tergolong dalam bidang yang sama di bawah pendaftaran Pemilik tanda dagangan (contoh dalam kes ini, tudung).
Boleh Ke Guna Gambar Peniaga Lain Dalam Iklan Produk Untuk Raih Keuntungan?
Situasi: Jenama Tudung X telah mengeluarkan iklan tudung di mana pemilik Tudung X sendiri, Azalea (Bukan Nama Sebenar) yang menjadi model tudung dalam iklan-iklan tersebut. Beberapa bulan kemudian, Tudung Z telah menerbitkan iklan menggunakan gambar gambar Azalea tetapi corak tudung yang dipakai telah disunting menjadi corak tudung mereka.
Soalan: Adakah Tudung Z telah melakukan pelanggaran cap dagangan?
Jawapan: Ya, kerana Tudung Z telah menggunakan cap dagangan tersebut iaitu gambar Azalea dengan cara yang mungkin dianggap merujuk kepada cap dagangan Tudung X atau jenama Tudung X.
MENIRU PERANGAI PENIPU? AWAS DENGAN PENIRU JENAMA!
Dalam kes Optimus Prime Sdn Bhd v Saadom [2022] (Bukan Nama Sebenar), Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada kes Inggeris iaitu Reckitt & Coleman Products Limited v Borden Inc [1990] 1 AER 873 dan menggariskan elemen-elemen peniruan jenama atau ‘passing off’ seperti berikut:
1. Mewujudkan nilai atau reputasi dalam barangan atau perkhidmatan melalui kaitan dengan ‘get up’ tertentu yang akan dikenali oleh orang awam sebagai tanda khas bagi barangan dan perkhidmatan pemiliknya;
2. Menunjukkan pernyataan salah yang berkemungkinan menyebabkan orang awam percaya bahawa barangan yang ditawarkan adalah milik pihak penuntut; dan
3. Mewujudkan bahawa kerosakan telah berlaku atau akan berlaku.
PESAING TIRU CAP DAGANGAN ANDA? BOLEHKAH ANDA MENUNTUT PAMPASAN?
Mahkamah Persekutuan dalam kes Hamdan v Kaki Sdn Bhd [2021] (Bukan Nama Sebenar) memutuskan bahawa sekiranya pemilik berdaftar cap dagangan berjaya membuktikan tuntutan bagi pelanggaran cap dagangan dan/atau tort peniruan jenama, mahkamah akan seterusnya menilai ganti rugi yang perlu dibayar oleh pelaku kepada pemilik sebagai pampasan.
ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN BERKENAAN PELANGGARAN CAP DAGANGAN & PENIRUAN JENAMA?
Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami untuk set janji temu: