JIRAN CEROBOH TANAH? 

Anda buntu dengan masalah  pencerobohan atas tanah anda?  Perlukan penyelesaian berkesan untuk  melindungi hak anda? 

“RUMAH SESEORANG ADALAH  ISTANANYA”

Seksyen 44(1)(a) NLC menyatakan  bahawa sebagai pemilik tanah yang sah,  anda mempunyai hak eksklusif untuk  menggunakan dan menikmati bukan sahaja permukaan tanah tetapi juga  ruang udara di atasnya—sebanyak yang  diperlukan untuk kegunaan dan  kesenangan yang munasabah.

Ingat,  perlindungan ini hanya terpakai kepada  pemilik berdaftar, jadi jangan biarkan  sesiapa pun merampas hak anda ke atas  harta anda! 

ADAKAH SAYA SEDANG MENCEROBOH  TANAH SESEORANG?

Sulaiman Kamal (bukan nama sebenar)  sedang merenovasi rumahnya dengan  membina tembok di sekeliling  rumahnya. Namun, tembok tersebut  telah masuk ke tanah milik Matheo. Oleh  itu, Sulaiman dianggap telah  menceroboh tanah Matheo.

PATUTKAH SAYA BERSEMUKA DENGAN JIRAN YANG CEROBOH TANAH SAYA? 

Anda boleh cuba berunding secara baik  dengan penceroboh supaya individu  tersebut robohkan binaan yang dah  masuk ke kawasan tanah anda. Tapi  pastikan anda tahu secara tepat  keluasan tanah di bawah pemilikan  anda. Sekiranya permintaan anda  diendahkan, apa perlu anda buat?  

BAGAIMANA JIKA TEGURAN SAYA  DIENDAHKAN JIRAN?

Anda boleh mengambil tindakan  terhadap penceroboh dengan  memfailkan saman sivil untuk  pencerobohan tanah. Ini membolehkan  anda menuntut ganti rugi dan  mendapatkan perintah injunksi untuk  menghentikan mereka daripada  menceroboh harta anda. Jika anda telah  kehilangan pemilikan yang sah, anda  juga boleh menuntut pemulihan tanah

PENCEROBOHAN TANAH: ELEMEN  UTAMA YANG ANDA PERLU TAHU

Terdapat 2 elemen: 

1. Keadaan Mental Penceroboh 

Sulaiman secara sukarela membina  tembok tersebut, menunjukkan bahawa  dia mempunyai niat untuk menceroboh  tanah Matheo, walaupun dia tidak  bermaksud untuk mendatangkan  bahaya. 

2. Gangguan 

Pencerobohan tanah terdiri daripada  tiga faktor; 

a. Pencerobohan ke atas Tanah Orang  Lain: Tembok Sulaiman telah  menceroboh tanah Matheo,  melanggar hak Matheo untuk  memiliki hartanya secara eksklusif. 

b. Terus Tinggal di Tanah Itu: Tembok  tersebut kini kekal di atas tanah  Matheo, yang bermaksud Sulaiman  membiarkan strukturnya berada di  tanah yang bukan miliknya. Ini 

adalah pencerobohan yang  berterusan. 

c. Meletakkan Objek di Atas Tanah  Itu: Dengan membina tembok,  Sulaiman telah meletakkan struktur  fizikal (tembok) di atas tanah  Matheo tanpa kebenaran, yang  mengukuhkan lagi tindakan  pencerobohan tersebut. 

BERANI USIR PENCEROBOH SENDIRI?  FIKIR SEKALI LAGI!

Usaha sendiri untuk mengusir  penceroboh mungkin nampak lebih  mudah dan murah. Namun penuh risiko!  Usir tanpa perintah mahkamah boleh  membawa masalah undang-undang termasuk tuntutan ganti rugi dan  tuduhan serangan. Lebih selamat jika  anda dapatkan bantuan peguam untuk  proses yang sah dan selamat.

Anda buntu dengan masalah  pencerobohan atas tanah anda?  Perlukan penyelesaian berkesan untuk  melindungi hak anda? 

Hubungi kami! 

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment