Dalam kes sivil, mangsa serangan atau gangguan seksual mempunyai hak untuk menuntut keadilan daripada pelaku. Berikut adalah beberapa hak utama yang boleh ditegakkan melalui tindakan sivil:-
🔹 Hak untuk Menuntut Ganti Rugi
Pampasan untuk trauma, penderitaan, kos perubatan & kehilangan pendapatan.
🔹 Hak untuk Mendapatkan Perintah Mahkamah
Injunksi atau perintah perlindungan yang melarang pelaku daripada menghampiri atau mengganggu mangsa.
🔹 Hak untuk Membawa Tindakan Sivil Secara Berasingan dari Kes Jenayah
Mangsa boleh memfailkan saman sivil terhadap pelaku walaupun kes jenayah belum dimulakan atau tidak berjaya dibuktikan dalam mahkamah jenayah.
🔹 Hak untuk Menyaman Pihak Ketiga
Mangsa boleh menyaman majikan, institusi, atau organisasi yang gagal mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi mereka daripada gangguan atau serangan seksual, contohnya di tempat kerja.
Mangsa berhak mendapatkan keadilan & pampasan melalui undang-undang sivil! 💙
JENIS-JENIS GANTI RUGI YANG BOLEH DITUNTUT DALAM KES SIVIL
Dalam kes sivil, terdapat beberapa jenis ganti rugi yang boleh dituntut oleh pihak yang teraniaya. Antaranya ialah:-
- Gantirugi Am
Pampasan untuk kerugian yang tidak boleh dikira secara spesifik, seperti kesakitan, penderitaan, dan kehilangan kualiti hidup.
- Gantirugi Khas
Pampasan untuk kerugian kewangan yang boleh dikira dengan tepat, seperti perbelanjaan perubatan, kehilangan pendapatan, atau kos pembaikan.
- Gantirugi Teruk
Pampasan tambahan jika plaintif mengalami tekanan emosi atau penderitaan akibat tindakan Defendan yang kejam atau menghina.
- Gantirugi Teladan
Diberikan sebagai hukuman kepada Defendan jika tindakan mereka sangat melampau, berniat jahat atau zalim, sebagai pengajaran agar kesalahan tersebut tidak berulang di masa hadapan.
Terdapat pelbagai lagi jenis ganti rugi yang boleh dituntut dengan kebenaran Mahkamah.
TUNTUTAN KECUAIAN DALAM HUBUNGAN PERIBADI
Dalam undang-undang sivil, seseorang boleh memfailkan tuntutan kecuaian terhadap pasangan atau individu lain dalam hubungan peribadi jika kecuaian menyebabkan kemudaratan fizikal, emosi atau kewangan.
- Elemen Tuntutan KecuaianÂ
- Kewajipan Berjaga-jaga
- Pelanggaran KewajipanÂ
- Punca/PenyebabÂ
- Kerugian
- Contoh Kecuaian dalam Hubungan PeribadiÂ
- Penderaan Fizikal & Emosi – Seseorang boleh menyaman pasangan mereka kerana kecuaian jika tindakan mereka menyebabkan kecederaan atau trauma psikologi.Â
- Penyebaran Penyakit Kelamin (STD) – Jika seseorang gagal memaklumkan pasangannya tentang jangkitan dan menyebarkannya, ia boleh dianggap sebagai kecuaian.
ADAKAH BUKTI ELEKTRONIK SAH DI MAHKAMAH?
✅ Boleh diterima jika:
- Ia berkaitan dengan kes itu
- Dapat dibuktikan bahawa mesej itu dihantar oleh pihak yang terlibat
- Ia tidak diubah atau dimanipulasi
Bagaimana untuk Membuktikan Kesahihan Bukti Elektronik?
🔹 Pengesahan Identiti Pengirim – Melalui nombor telefon, alamat e-mel atau rekod lain.
🔹 Metadata – Termasuk tarikh, masa dan butiran teknikal mesej.
🔹 Tangkapan Layar & Salinan Digital – Mesti disahkan kesahihannya.
🔹 Pakar Forensik Digital – Boleh digunakan jika kesahihan bukti dipertikaikan.
BEBAN PEMBUKTIAN: KES SIVIL VS JENAYAH
Dalam sistem perundangan, terdapat dua standard pembuktian utama bergantung kepada jenis kes.Â
📌 Kes Sivil (Imbangan Kebarangkalian) – Dalam tuntutan kecuaian, Plaintif hanya perlu membuktikan bahawa Defendan lebih berkemungkinan menyebabkan kecederaan.
📌 Kes Jenayah (Melampaui Keraguan Munasabah) – Dalam kes rompakan, pihak pendakwaan mesti membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Tertuduh benar-benar melakukan jenayah itu.
Kes sivil lebih mudah dibuktikan kerana ia hanya memerlukan kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menjadi benar. Manakala kes jenayah memerlukan bukti yang lebih kukuh kerana ia melibatkan hukuman berat seperti penjara atau hukuman mati.
AMIRA BINTI ZULKIFLI V HAIKAL BIN ANUAR [2018] 7 MLJ 123 (BUKAN NAMA SEBENAR)
Dalam kes ini, Plaintif telah menjalinkan hubungan dengan Defendan selama bertahun lamanya dan Defendan telah berjanji untuk berkahwin dengan Plaintif pada masa akan datang.
Sepanjang hubungan tersebut, Plaintif dan Defendan pernah melakukan aktiviti seksual beberapa kali. Namun, aktiviti seksual tersebut adalah kerana paksaan Defendan dan tanpa kerelaan Plaintif.
Akhirnya, Plaintif dan Defendan telah ditangkap berkhalwat dan selepas kejadian tersebut, Defendan telah memilih untuk memutuskan hubungan dengan Plaintif.
Plaintif telah menuntut keadilan di Mahkamah disebabkan antaranya oleh tekanan emosi, kehilangan maruah dan untuk diberikan ganti rugi atas segala kerugian yang dihadapi.
Mahkamah memutuskan bahawa atas imbangan kebarangkalian, berlaku keterlanjuran antara Plaintif dan Defendan sepertimana yang didakwa oleh Plaintif, dan Defendan
diperintahkan membayar Ganti Rugi Am kepada Plaintif berjumlah RM 100,000.00, faedah dan kos.
TAHU HAK ANDA! DAPATKAN NASIHAT GUAMAN HARI INI!
Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang mempunyai 12 tahun pengalaman! Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami untuk set janji temu: