FITNAH DESIGN BATIK BURUK : PEMILIK SYARIKAT BATIK MENANG PAMPASAN 1 JUTA

Sharing :

FITNAH DESIGN BATIK BURUK : PEMILIK SYARIKAT BATIK MENANG PAMPASAN 1 JUTA

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Pada minggu lepas alhamdullilah sekali lagi firma kami telah dilantik oleh seorang client yang ingin nama dan reputasi perniagaannya dipertahankan dek kerana tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada pihak ketiga. 

Dalam kes dimana sesebuah perniagaan dan/atau produk yang diniagakan difitnah, kes yang paling  mantap adalah kes

TJANTING HANDICRAFT SDN BHD & ANOR v UTUSAN MELAYU (M) BHD & ORS, [2001] 2 MLJ 574 

Fakta kes yang diringkaskan di sini adalah Plaintif pertama merupakan syarikat yang ditubuhkan untuk menjual produk batik yang diilhamkan dan dicipta oleh pemilik syarikat tersebut yang merupakan plaintif kedua. 

Pihak yang memfitnah merupakan penulis kepada satu ruang kolum di dalam majalah Wanita dan merupakan Defendan Ketiga. Manakala Utusan Melayu adalah plaintif pertama dan penerbit kepada majalah Wanita tersebut dan defendan kedua merupakan editor majalah wanita. Defendan keempat adalah syarikat printing yang menerbitkan majalah wanita yang mempunyai kenyataan fitnah tersebut. 

Penulis kolum berkenaan telah memfitnah dalam tulisannya bahawa design -design batik yang dicipta oleh Plaintif adalah sangat hodoh dan memalukan dan tidak patut dipakai oleh orang ramai 

Apabila penulis disoal balas di dalam mahkamah adakah benar dakwaan beliau bahawa batik2 yang dijual di pasar malam adalah lebih berkualiti dan cantik, beliau menjawab “Ya” tanpa teragak agak dan ini menunjukkan bahawa penulis telah secara lewa memberi komen yang tidak adil kepada plaintif. Ini adalah jenis perlakuan buruk melulu yang membolehkan Plaintif mendapat award ganti rugi teruk. 

Dalam tindakan fitnah mengenai sesuatu produk atau barang yang diniagakan, kata-kata yang difitnah tidak perlu merujuk kepada pemilik produk atau barang, ianya cukup untuk Mahkamah berpuas hati sama ada fitnah itu akan difahami oleh orang lain bahawa ianya merujuk kepada pemilik produk atau barang tersebut. 

Tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh defendan tidak dapat dibuktikan oleh Defendan seperti dakwaan ‘sakit hati melihat’, ‘siapalah yang mencipta baju batik itu’, ‘corak tidak halus’, ‘paduan warna tidak harmoni’, ‘tidak eksklusif’, ‘potongan meleweh, melendut, gedoboh, sendat’, ‘tidak bermutu’, ‘barang yang dijual di pasaraya borong lebih bermutu’ dan Defendan seorang sahaja yang memberikan komen dengan ayat sedemikian walhal orang lain telah memuji muji rekaan dan ilham batik Plaintif. 

Oleh itu, pada pandangan Hakim yang bijaksana, pihak Plaintif telah melemparkan tohmahan dan kritikan tanpa mengambil peduli sama ada apa yang dinyatakan terhadap Plaintif itu adalah benar atau tidak, Malah, kritikan yang dilemparkan kepada batik Plaintif melebihi batas-batas kritikan yang adil dan betul dan ianya penuh dengan niat jahat. 

Oleh itu, mengikut segala fakta yang dibentangkan di Mahkamah, pihak Defendan telah diperintah untuk membayar pampasan dan gantirugi kepada pihak plaintif pertama sebanyak RM300k dan plaintif kedua sebanyak RM700k di atas artikel fitnah tersebut  

Malah, mahkamah memerintahkan plaintif kedua mendapat pampasan gantirugi teruk sebanyak RM300k lagi disebabkan perilaku defendan sepanjang kes berjalan. 

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak law, 

-Liyana the Lawyer 


Gambar sekadar hiasan  

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment