ELEMEN-ELEMEN KONTRAK

Jom ketahui apakah elemen-elemen penting bagi sesebuah kontrak! Kami akan berikan contoh ringkas bagi setiap elemen supaya anda mudah faham!

– Tawaran

Ali menawarkan kepada Samad untuk menjual tanah miliknya di kampung.

Penerimaan

Samad bersetuju menerima tawaran jual beli tanah tersebut.

– Niat untuk mewujudkan hubungan undang-undang

Elemen ini akan dipenuhi apabila Ali dan Samad berhasrat untuk membuat kontrak itu sah.

– Balasan

Sebagai balasan pembelian tanah Ali, Samad membayar Ali dengan harga yang telah dipersetujui iaitu RM100,000.

– Kepastian

Ali dan Samad mesti bersepakat mengenai syarat-syarat penting kontrak mereka dengan kepastian yang munasabah.

– Keupayaan

Ali dan Samad mestilah individu yang berumur lebih 18 tahun dan sihat akal fikirannya sebelum memasuki kontrak jual beli tanah tersebut.

TIPS-TIPS RINGKAS UNTUK ANDA SEBELUM TANDATANGAN KONTRAK!

– Faham isi kandungan kontrak. Jangan main tandatangan saja.

– Nyatakan tarikh anda tandatangan kontrak dalam dokumen kontrak.

– Tandatangan semua muka surat dokumen kontrak (kebiasannya di hujung muka surat).

– Jika kontrak masih berbentuk draf, tak perlu tandatangan lagi.

– Minta satu salinan kontrak asal yang lengkap untuk simpanan anda.

– Simpan dokumen kontrak anda. Jangan letak merata-rata ya.

BOLEHKAH INDIVIDU DI BAWAH UMUR MEMASUKI KONTRAK?

Secara umum, kontrak hanya boleh dimasuki oleh individu yang dewasa dan yang waras akal fikirannya. Ini adalah berdasarkan Seksyen 11 Akta Kontrak 1950:

“Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.”

Namun, ada pengecualian yang mana individu bawah umur boleh memasuki kontrak dan kontrak tersebut adalah sah, antaranya:

– Kontrak biasiswa

– Kontrak insuran

– Kontrak untuk keperluan (seperti membeli makanan, minuman, pakaian)

ADAKAH SESEBUAH KONTRAK ITU PERLU DITANDATANGANI DENGAN KEHADIRAN SAKSI?

Sesebuah perjanjian atau kontrak komersial tidak semestinya ditandatangani dengan kehadiran saksi. Apa yang penting adalah pihak-pihak yang memasuki kontrak tu wajib menandatangani kontrak untuk memastikan kontrak tersebut sah.

Terdapat beberapa jenis dokumen yang mana perlu ditandatangani dengan kehadiran saksi, antaranya:

– Borang berkanun di bawah Kanun Tanah Negara 1965

– Borang berkanun di bawah Akta Syarikat 2016

– Borang berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun tahun 1960

– Surat kuasa wakil di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1949

– Wasiat di bawah Akta Wasiat 1959

KES MAHKAMAH BERKENAAN KONTRAK : MOHD RIDZUAN BIN ABD HALIM LWN MOHD RIDZUAN BIN ADANAN [2022] MLJU 2478

Dalam kes ini, Perayu telah dilantik oleh Responden sebagai kontraktor bagi projek kerja pendawaian, pemasangan saluran penghawa dingin dan pemasangan penghawa dingin bagi projek di sebuah hotel. 4 Perjanjian telah dibuat dengan nilai keselurunan kontrak berjumlah RM119.076.00.

Walaubagaimanapun, Perayu telah melanggar Perjanjian tersebut setelah gagal menyiapkan kerja-kerja seperti yang dijanjikan. Responden pun memberikan notis berhenti kerja kepada Perayu.

Mahkamah mendapati Perayu sememangnya telah melanggar kontrak apabila tidak menyiapkan kerjanya dan Responden mempunyai hak untuk menamatkan kontrak selaras dengan Seksyen 40 Akta Kontrak 1950.

Anda stres dihantui pelbagai masalah guaman?

Tak tahu nak selesaikan macam mana?

Masih mencari-cari peguam untuk membantu anda?

Jom dapatkan khidmat guaman dan konsultasi daripada peguam-peguam profesional kami yang mempunyai pengalaman dalam bidang guaman selama 10 tahun!

Apa yang anda tunggu lagi? Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set temujanji:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment