Dibuang Kerja Kerana Memanggil Rakan Sekerja ‘Hitam’?

Sharing :

Dibuang Kerja Kerana Memanggil Rakan Sekerja ‘Hitam’?

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Assalamualaikum dan salam Isnin buat anda semua. Selamat tengah hari. 

 

Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian tentang Kes no: 14/4-286/19. Ngan Tenshin V Emery Oleochemicals(M) Sdn. Bhd. 

No Award: 3172 Tahun 2019 

 

Kes ini tak kurang juga luar biasanya. Ianya bermula ketika seorang “Marketing Executive” (ME) yang baru telah melaporkan diri dengan Syarikat dan telah diarahkan untuk mengambil tempat kerja yang sebelum ini digunakan oleh seorang pekerja berbangsa Melayu. 

 

Pada pagi waktu kejadian, penuntut telah pergi ke bahagian mesin fotostat yang bersebelahan dengan tempat kerja ME yang baru. Penuntut telah menanyakan sama ada beliau adalah pekerja baru dan ME telah memberitahu bahawa beliau adalah pekerja baru dan baru mula bekerja pada hari tersebut. Menurut ME selepas itu Penuntut telah mengeluarkan kata-kata “That’s why I’m wondering why someone so black sitting here” menyebabkan ME tersinggung dengan kata-kata tersebut. 

 

Pn. Mariam telah membawa ME baru itu disekitar pejabat untuk memperkenalkan beliau, penuntut sekali lagi mengulangi kata-kata tersebut kepada ME dan Pn Mariam telah menegurnya. Majikan telah mengambil kenyataan bertulis dari ME dan Pn Mariam dan kemudiannya syarikat mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 27.09.2018 kepada penuntut. Salahlaku penuntut ini didakwa adalah pelanggaran yang serius pada klausa 1.5 Code of Conduct.  

 

Penuntut telah mengemukakan penjelasan surat tunjuk sebab pada 3.10.2018 tetapi syarikat telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan penuntut kerana telah mengeluarkan komen yang menghina ke atas warna kulit. Tambahan pula, penuntut memegang jawatan peringkat pengurusan dan sepatutnya menjadi contoh kepada pekerja-pekerja lain.  

 

Penuntut menyatakan bahawa pertuduhan yang dituduh keatasnya ada tidak jelas dan munasabah. Penuntut juga menyatakan bahawa dia tidak mengeluarkan perkataan “Hitam” sebaliknya perkataan yang digunakan beliau adalah “darker”. Penuntut adalah seorang Manager, Regional Sales dan gaji terakhir penuntut sebelum perkhidmatan ditamatkan adalah RM 14,167.00 Sebulan. 

 

KEPUTUSAN 

Setelah mengambil kira keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh Majikan dan Penuntut, mahkamah mendapati bahawa Majikan gagal membuktikan salah laku yang dipertuduhkan terhadap Penuntut adalah tanpa sebab dan alasan yang adil. Mahkamah mengawardkan bayaran gaji kebelakang, tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pembuangan kerja tersebut. Mahkamah dengan ini memerintahkan pihak Syarikat untuk membayar kepada penuntut sebanyak RM 141,670.00 (RM 127,503.00 + RM14, 167.00) melalui peguamcara penuntut dalam masa tempoh 30 hari dari tarikh award ini dipeturunkan.

Kesimpulan dari kes ini, majikan haruslah berpada -pada dalam meleraikan isu dalaman pekerja dan bukan sewenang wenangnya dan berat sebelah mengambil satu side sahaja.

Aduhai dunia. Jadi peguam ni memang macam-macam kes kita baca. Ada yang pelik tetapi benar seperti kes di atas. 

 

Sekian, moga memberi manfaat buat semua. 

Post in bertarikh 06.01.2020. 

-Liyana The Lawyer- 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment