Jika anda berminat untuk mendapatkan nasihat dari Peguam-peguam kami yang berkaliber dan berpengalaman, anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu. Sesi konsultasi akan ditetapkan pada hari Isnin-Jumaat , berdasarkan masa lapang kedua-dua anda dan peguam kami.
ββββNasihat guaman yang diberikan adalah secara am dan tidak menjalinkan hubungan antara peguam dan anak guam, melainkan lantikan guaman secara rasmi telah dilakukan.
Anda perlu memberikan gambar jelas kad pengenalan (depan dan belakang) atau paspot anda untuk tujuan mengenalpasti identiti anda.
Peguam hanya akan memberi nasihat tentang apa yang telah didedahkan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas apa yang telah secara sengaja atau tidak sengaja disembunyikan oleh anda.
Slot pada setiap hari untuk sesi konsultasi bagi setiap peguam adalah terhad. Sekiranya slot telah penuh pada hari tersebut, anda hendaklah menunggu giliran untuk slot kosong seterusnya.
Sesi konsultasi ini akan berakhir mengikut waktu yang telah dibayar oleh anda. Anda tidak dibenarkan menghubungi kembali peguam kami melainkan anda telah membayar
untuk sesi konsultasi lanjut.
Bagi mereka yang membuat bayaran selain dari yang dinyatakan di atas, kiraan adalah RM10 untuk setiap minit.
Kepada pelanggan yang pernah konsult sebelum ini, promosi konsultasi adalah tidak terpakai dan anda perlu membayar harga asal sesi konsultasi mengikut pembahagian RMXXX/55 minit.
ποΈ Dokumen hanya akan dibaca dalam sesi konsultasi 30 minit atau sejam sahaja. Jika penerangan lanjut tidak sempat dilakukan oleh peguam kerana sesi konsultasi telah berakhir, maka peguam akan menamatkan sesi konsultasi dan terpulang kepada anda samaada ingin membuat bayaran untuk sesi konsultasi lanjut.
π₯ Hanya dua (2) orang sahaja dibenarkan berada di dalam sesi konsultasi tersebut. Sekiranya lebih dari itu, anda haruslah mendapat kebenaran daripada peguam dengan menyatakan sebab mengapa yang lain perlu hadir juga sewaktu sesi konsultasi berlangsung.
Setelah pembayaran telah dilakukan oleh anda, PEMBATALAN TEMUJANJI di atas apa sebab sekalipun tidak akan dilayan sama sekali. Walaubagaimanapun, anda boleh membuat penangguhan temujanji sebanyak dua kali, tertakluk kepada masa lapang peguam. Jika anda masih gagal untuk menepati temujanji yang telah ditangguh sebanyak dua kali ini, maka pembayaran tersebut dikira hangus.