Bolehkah Bekas Isteri Menuntut Tanah Yang Berada Di Bawah Nama Bekas Suami?

Bekas isteri yang telah membayar atau pun mengeluarkan wang semasa urusan jual beli tanah tersebut mempunyai hak ke atas hartanah tersebut walaupun telah didaftarkan di atas nama bekas suami dengan cara bekas isteri memasukkan kaveat ke atas geran tanah.

Kakak Ipar Tidak Berkerja Dan Mahu Menuntut Harta Sepencarian Bersama. Bolehkah Ia Terjadi?

Walaupun tidak berkerja, setiap kerja rumah yang telah dicurahkan juga diambil kira sebagai sumbangan kepada harta sepencarian. Jadi kakak ipar berhak ke atas harta sepencarian sebelum dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Malah kakak ipar juga masih berhak terhadap satu perlapan daripada harta pusaka si suami.

Madu Muncul Tuntut Harta? Konflik Dalam Pembahagian Harta Sepencarian!!!

Wasiat yang ditinggalkan oleh arwah suami boleh dicabar oleh waris-waris lain yang berhak termasuklah madu kepada si isteri. Mereka boleh menuntut supaya harta tersebut dapat dibahagikan secara faraid.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Harta Pusaka Atau Hibah?

Wang simpanan KWSP ini termasuk dalam harta pusaka seseorang yang telah meninggal dunia. Bagi pemegang akaun KWSP yang beragama Islam, penama/penerima hanyalah berfungsi sebagai wasi atau pentadbir harta si mati. Mereka adalah orang yang mengeluarkan sama ada sebahagian atau keseluruhan wang simpanan tersebut dan bertanggungjawab untuk mengagihkan wang simpanan KWSP kepada waris-waris si mati yang layak mengikut wasiat ataupun Undang-Undang Keluarga Islam.

Hak Isteri Menuntut Hutang Daripada Harta Pusaka Arwah Bekas Suami.

Harta pusaka digunakan untuk melangsaikan segala hutang-piutang yang masih belum dibayar oleh arwah. Contohnya, jika masih ada hutang di bank, hutang sesama manusia, perlulah di bayar. Untuk menuntut hutang daripada arwah bekas suami, bekas isteri perlu menunjukkan dokumen-dokumen yang berkenaan supaya boleh dilampirkan dalam permohonan pembahagian harta nanti.

Tuntutan Suami Terhadap Harta Milik Isteri. Adakah Ia Dibenarkan?

Si suami haruslah mempunyai bukti yang kukuh bahawa suami ada memberi sumbangan terhadap harta-harta yang di tuntut sebagai harta sepencarian. Mengikut hukum syarak, suami tidak mempunyai hak ke atas harta isterinya. Harta isteri adalah hartanya sendiri, manakala isteri berhak mendapat saraan nafkah daripada suaminya.

Nasihat Perundangan Kontrak Menyeluruh Hanya Untuk Anda!

Anda perlukan jawapan dan jalan penyelesaian dalam tindakan undang-undang? Dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam-peguam kami di Liyana & Co! 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.

“Peguam & Penyelamat Anda!” 

📞📱Jom set temujanji dan hubungi kami di talian:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment