Soalan: Bolehkah saya mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan saya sendiri?
Jawapan: Boleh! Malah, menurut Seksyen 4A Akta Perempuan Bersuami, seorang suami atau isteri mempunyai hak untuk menyaman pasangannya yang telah menyebabkan kesusahan dan atau kepayahan kepada diri mereka.
BOLEH KE SAYA MEMBERI KETERANGAN BERKENAAN KOMUNIKASI ANTARA SAYA DAN PASANGAN DI DALAM MAHKAMAH?
Soalan: Bolehkah saya memberi keterangan di dalam Mahkamah berkenaan komunikasi saya dan pasangan saya semasa kami sedang berdua di dalam bilik?
Jawapan: Tidak boleh menurut Seksyen 122 Akta Keterangan. Hal ini kerana komunikasi di antara suami dan isteri adalah sulit dan tidak boleh didedahkan tanpa keizinan pasangan.
BOLEH TAK SAYA BERI KETERANGAN TERHADAP SUAMI SAYA SENDIRI?
Soalan: Suami saya telah didakwa kerana memukul saya. Adakah saya tidak boleh memberi keterangan terhadapnya di bawah Seksyen 122 Akta Keterangan?
Jawapan: Boleh beri keterangan. Jika kesalahan jenayah yang dilakukan adalah kesalahan terhadap pasangan sendiri, maka perlindungan dalam Seksyen 122 Akta Keterangan tidak lagi
terpakai.
HARTAKU HARTAMU JUA?
Adakah harta seorang wanita yang dimiliki sebelum perkahwinan merupakan harta dirinya sendiri sepenuhnya? Atau adakah harta tersebut berubah menjadi harta sepencarian hanya kerana isteri tersebut telah berubah status?
Menurut Seksyen 5(1) Akta Perempuan Bersuami, harta yang dimiliki seorang perempuan pada masa perkahwinnya mahupun selepas beliau berkahwin adalah hak dirinya sendiri sepenuhnya.
SAKSI PENTING TAK NAK DATANG PERBICARAAN?
Pernah tak korang terfikir apa akan jadi jika saksi penting macam Doktor tak nak atau tidak boleh datang ke Mahkamah untuk menjadi saksi bagi menyokong kes anda? Adakah kes anda akan lingkup begitu sahaja?
Untuk pengetahuan anda, menurut Aturan 38 Kaedah 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah, Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang untuk menghadiri prosiding untuk memberi keterangan dan/atau mengemukakan dokumen.
APAKAH AKIBAT SAKSI MENGABAIKAN SEPINA?
Saksi yang telah menerima sepina daripada Mahkamah WAJIB menghadiri perbicaraan bagi memberikan keterangan. Sekiranya saksi sengaja tidak mengendahkan sepina, saksi boleh dikenakan pengkomitan kerana penghinaan Mahkamah di bawah Aturan 52 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah.
ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN?
Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami untuk set janji temu: