SOALAN:
Berapakah pampasan yang akan saya dapat dari tuntutan fitnah?
JAWAPAN:
Sekiranya anda memenangi saman fitnah, anda berhak mendapat wang pampasan. Jumlah
pampasan yang diberikan bergantung kepada budi bicara mahkamah berdasarkan beberapa faktor,
seperti reputasi pihak menuntut, keseriusan fitnah, kerugian yang ditanggung oleh pihak menuntut
sebagai akibat dari fitnah tersebut dan sebagainya.
Anda perlukan nasihat lanjut? Jom dapatkan nasihat guaman dari peguam professional kami.