HUBUNGI BADAN-BADAN YANG BERPATUTAN TERLEBIH DAHULU
Tahukah anda tentang kewujudan badan-badan tertentu yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah-masalah harian anda?
Contohnya, sekiranya jiran anda melakukan renovasi di rumah sehingga menceroboh kawasan rumah anda, anda sebenarnya boleh melaporkan hal tersebut kepada Majlis Perbandaran kawasan anda seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Pihak MBSA kemudian akan membuat siasatan dan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak berkenaan.
Malah, notis-notis tersebut boleh dijadikan bahan bukti samada renovasi yang dilakukan adalah diluluskan mahupun tidak. Pihak MBSA juga berkuasa untuk mengarahkan jiran anda supaya menghentikan renovasi yang menceroboh kawasan rumah anda itu serta-merta.
CARA MENGUMPUL DAN MENYIMPAN BAHAN BUKTI (BAHAGIAN 1)
Antara bukti yang penting untuk anda simpan dalam apa jua bentuk tindakan saman yang ingin dibawa semestinya merupakan gambar dan/atau rakaman video. Jangan ingat mengambil gambar dan video itu tidak mendatangkan faedah, kerana anda tidak tahu bila ia akan berguna di kemudian hari!
Contoh nya, jika rakan sekerja anda memfitnah anda mencuri di tempat kerja. Namun, anda mempunyai bukti gambar dan video bahawa pada masa kejadian, anda tiada di lokasi. Ha, kan dah terselamat daripada tuduhan tak berasas.
Tapi, yang sebaiknya adalah anda simpan gambar dan video yang mempunyai timestamp. Apa itu timestamp? Timestamp adalah rekod masa dan tarikh gambar atau video tersebut diambil. Hal ini untuk mengukuhkan lagi gambar dan video tersebut sebagai bukti di Mahkamah kelak.
CARA MENGUMPUL DAN MENYIMPAN BAHAN BUKTI (BAHAGIAN 2)
Selain daripada gambar dan video, bukti perbualan juga boleh menjadi penting dalam sesebuah tuntutan. Contoh yang paling senang adalah jika kita membuat urusan jual beli melalui Whatsapp.
Setiap perbualan kita dengan penjual/pembeli tersebut harus disimpan kerana ia boleh menjadi bukti tentang terma dan syarat yang dipersetujui, seandainya suatu hari nanti tiba-tiba penjual/pembeli tersebut mencuba untuk melakukan penipuan fraud dsb.
Dan macam biasa, pastikan tangkap layar perbualan-perbualan tersebut mempunyai time stamp.
SIMPAN SALINAN DIGITAL BUKTI-BUKTI
Di zaman teknologi yang berkembang pesat ni, segala-galanya di hujung jari saja. Oleh itu, kita kena lah manfaatkan teknologi yang ada sebaik-baiknya.
Bukti-bukti dalam bentuk salinan keras seperti surat-surat dan dokumen-dokumen penting seperti kontrak dsb perlu diimbas dan disimpan sebagai salinan digital.
Jadi, kalau dokumen tersebut terpaksa dikemukakan di Mahkamah kelak, tak lah terkial-kial baru nak cari kan? Masa tu tau tau anjing dah gigit lah, dah terbakar lah, dah buat lapik nasi lemak lah…
BUAT KRONOLOGI KES RINGKAS
Manusia ni sifatnya pelupa, Tuhan pun dah cop manusia sebegitu. Oleh itu, kronologi kes sangat penting untuk memastikan kita tak terlupa apa-apa fakta mahupun peristiwa penting tentang kes kita.
Ini juga akan memudahkan kerja peguam yang mengendalikan kes kita nanti kerana peristiwa-peristiwa yang berlaku telah pun disusun mengikut tarikh kejadian dan dapat difahamkan dengan lebih mudah.
BUAT LAPORAN POLIS JIKA PERLU
Jika anda rasa nyawa anda ataupun keluarga anda terancam, contohnya jika anda diperas ugut, maka anda tidak perlu tunggu lantikan peguam sebelum bertindak. Cepat-cepat buat laporan polis sekarang!
Laporan polis juga boleh menjadi bahan sokongan dalam kes anda untuk menguatkan apa-apa pernyataan yang anda buat dalam tuntutan nanti.
Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!
Hubungi kami untuk set janji temu: