- Semua jenis harta alih dan tak alih yang merupakan milik si mati.
- Contoh harta alih:
- Kenderaan, wang simpanan, saham, syarikat.
- Contoh harta tak alih:
- Tanah dan rumah.
ADAKAH HUTANG YANG DITINGGALKAN OLEH SI MATI DIKIRA SEBAGAI SUATU HARTA PUSAKA?
- Hutang bukanlah suatu yang boleh diwariskan kepada waris-waris, tidak seperti harta peninggalan.
- Hutang si mati akan dikira sebagai suatu liabiliti yang perlu diselesaikan oleh waris.
- Kebiasaannya, hutang si mati akan diselesaikan menggunakan harta pusaka peninggalan si mati.
- Sekiranya hutang si mati adalah lebih banyak daripada harta, waris-waris boleh membayar hutang tersebut dengan duit sendiri atas dasar belas ihsan terhadap si mati.
SIAPA YANG AKAN URUSKAN HARTA PUSAKA SI MATI?
Sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat, waris perlu berbincang siapa yang layak untuk menjadi pentadbir. Pentadbir perlu mendapat lantikan secara rasmi sama ada daripada Mahkamah Tinggi, Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad sebelum boleh mentadbir dan menguruskan harta peninggalan si mati.
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat, wasi yang dinamakan dalam wasiat tersebut perlu menguruskan segala urusan berkaitan seperti menguruskan pembahagian harta kepada waris si mati sebagaimana yang dikehendaki oleh si mati dalam wasiatnya.
APAKAH TUGAS SEORANG PENTADBIR HARTA PUSAKA?
Antara tugas-tugasnya adalah:
- Memohon surat kuasa mentadbir bagi mendapatkan kuasa untuk mentadbir harta pusaka si mati.
- Mengenal pasti aset milik si mati dan mentadbir asset tersebut sebaiknya.
- Menyelesaikan hutang jika ada kepada pihak-pihak yang berkaitan.
- Menyimpan segala rekod dan dokumen berkenaan sebarang urusan yang dilakukan dalam mentadbir harta pusaka si mati.
Pentadbir juga berhak menuntut kos pengurusan atau perbelanjaan yang dikeluarkan dalam mentadbir harta pusaka.
TUNTUTAN HARTA PUSAKA OLEH CICIT
Ramli dan lain-lain v Mazlan [2009] MLJU 1177 (bukan nama sebenar)
Ramli dan lain-lain telah memohon kepada mahkamah untuk deklarasi atau mengisytiharkan mereka berhak kepada bahagian harta pusaka milik arwah Hj Ali iaitu moyang mereka.
Ramli dan lain-lain juga mohon perintah supaya nama mereka disenaraikan sebagai penerima sebuah hartanah peninggalan Hj Ali.
Mazlan pula adalah pemilik berdaftar hartanah yang menjadi pertikaian dalam kes ini. Mazlan juga adalah dua pupu kepada Ramli dan lain-lain.
Mahkamah mendapati Ramli dan lain-lain terbukti adalah cicit yang sah kepada arwah Hj Ali.
Namun, isu untuk tentukan sama ada Ramli dan lain-lain berhak mendapat bahagian hartanah peninggalan milik arwah Hj Ali adalah sebenarnya bukan bidang kuasa Mahkamah Sivil.