Apakah itu Tort?

Definisi Tort. 

Tort terdiri daripada perbuatan salah laku atau  keingkaran. Tort juga bermaksud menceroboh  hak atau kepentingan orang lain, sama ada  pencerobohan ini mengakibatkan  

kerosakan/kecederaan atau tidak, perbuatan  yang memberi hak kepada pihak lain untuk  menuntut ganti rugi atas perbuatan yang telah  dilakukan terhadap dirinya dan untuk  mengembalikan/memulihkan sesuatu keadaan  itu kepada asal.

Intentional Torts (Sengaja): Pencerobohan  terhadap individu 

Pencerobohan terhadap individu itu terdiri  daripada beberapa tort, iaitu: 

1. Serangan (Assault). 

2. Bateri (Battery). 

3. Pengurungan secara tidak sah (False  Imprisonment). 

Tort ini terutamanya melindungi kepentingan  seseorang dalam keselamatan fizikal serta  kebebasan bergerak. Memandangkan tort ini  berkait rapat dengan jenayah, perbincangan  dalam kes jenayah kadangkala relevan dalam  mewujudkan tort ini.

Serangan. 

Serangan boleh ditakrifkan sebagai pernyataan/perbuatan dengan sengaja yang  boleh menyebabkan seseorang individu  merasakan dirinya terancam dengan perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya pada dirinya  (bateri/dipukul).

2. Intentional Torts (Sengaja): Pencerobohan  terhadap individu

Bateri. 

Bateri boleh ditakrifkan sebagai penggunaan  kekerasan secara sengaja dan terus kepada  orang lain tanpa persetujuan orang itu. Bateri  juga boleh berlaku tanpa melalui kontak terus  dengan anggota badan penyerang tapi juga  boleh melalui kontak yang dihasilkan melalui  objek sebagai contoh, Abu sengaja memukul Ali menggunakan kayu atau dibaling batu.

3. Intentional Torts (Sengaja): Pencerobohan  terhadap individu 

Pengurungan secara tidak sah. 

Ditakrifkan sebagai sekatan kebebasan  pergerakan seseorang. Orang yang dihalang itu  ‘dipenjarakan’ sehingga dia tidak boleh  berpindah ke tempat lain mengikut  kehendaknya. Sebagai contoh, Ali tanpa  sebarang justifikasi yang sah mengurung Abu di  dalam bilik.

Ahmad Azhar bin Othman v Rozana binti  Misbun [2020] MLJU 389

Defendan secara fizikal menyerang Plaintif di  Rumah (Bateri Pertama) seperti berikut: 

(a) Defendan menumbuk Plaintif berulang kali  pada hidungnya dan ini telah menyebabkan  Plaintif jatuh ke lantai; 

(b) Semasa Plaintif terbaring di atas lantai,  Defendan menendang dan menghentak sebelah  kiri dada Plaintif; dan

(c) Defendan telah menggunakan monopod  untuk memukul Plaintif sehingga monopod itu  pecah kepada tiga bahagian; Plaintif mendapatkan rawatan perubatan dan  membuat laporan polis terhadap Defendan.

Anda runsing dengan masalah yang anda hadapi? 

Jom dapatkan nasihat guaman dari peguam peguam kami yang profesional. 

Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun  pengalaman dalam menyelesaikan masalah  perundangan yang kompleks untuk orang  ramai. 

“Peguam & Penyelamat Anda” 

 Hubungi kami di talian:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment