Tindakan Saman Fitnah/Malu hanya boleh dimulakan apabila wujudnya fitnah. Suatu tuduhan atau tohmahan yang boleh dibuktikan sebagai palsu. Terdapat dua jenis fitnah dalam undang-undang iaitu fitnah secara penulisan (Libel) dan fitnah secara verbal (Slander).
JENIS-JENIS FITNAH
Fitnah secara penulisan ataupun ‘libel’. Fitnah seperti ini biasanya berlaku apabila terdapat sesuatu kenyataan yang mempunyai tuduhan palsu dalam bentuk penulisan, cetakan atau secara bentuk kekal terhadap seseorang yang difitnah dan ianya disebarkan kepada pihak ketiga/masyarakat. Kenyataan fitnah secara penulisan biasanya diterbitkan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram atau mana-mana media sosial lain yang berkaitan. Ianya juga boleh disebarkan dalam bentuk emel ataupun gambar.
Fitnah secara verbal ataupun ‘slander’. Fitnah seperti ini berlaku apabila sebuah percakapan daripada seseorang mempunyai kenyataan atau tuduhan palsu terhadap orang yang difitnah itu dan percakapan tersebut dinyatakan di hadapan orang lain iaitu pihak ketiga/masyarakat.
SOALAN: Bagaimanakah jumlah pampasan ditentukan?
JAWAPAN: Mahkamah akan melihat kepada kedudukan dan status seseorang itu di dalam masyarakat bagi menentukan jumlah pampasan. Pampasan yang diterima untuk sesuatu tindakan fitnah yang dilemparkan keatas seorang ahli politik atau selebriti atau ahli perniagaan yang masyhur, adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan orang awam.
SOALAN: Jika defendan gagal membayar ganti rugi saman fitnah yang diputuskan Mahkamah, apakah tindakan yang boleh dikenakan ke atas defendan?
JAWAPAN: Sekiranya defendan gagal membayar tuntutan di Mahkamah setelah memperolehi perintah, ada beberapa langkah yang boleh diambil iaitu: 1. Prosiding kebankrapan sekiranya nilai diperoleh melebihi RM100,000
Atau,
2. Penyitaan dan lelongan barangan milik defendan
Atau,
3. Garnishi Prosiding iaitu pembekuan simpanan defendan dalam akaun bank dan dipindahkan kepada plaintif
Atau 4. Saman Pemiutang Penghakiman (iaitu arahan mahkamah kepada defendan membayar secara ansuran mengikut kemampuan bulanan) Atau,
5. Prohibitory Order, penyitaan dan lelongan hartanah defendan. Lantik peguam untuk meneruskan sebarang prosedur di atas.
Bagaimana dan apa yang perlu anda sediakan untuk saman fitnah.
Sekiranya anda ingin membuat tuntutan saman fitnah, anda boleh mendapatkan nasihat daripada peguam untuk penjelasan yang lebih terperinci mengenai saman fitnah dan sebelum memulakan apa-apa tindakan seterusnya.
Anda perlu pastikan kesemua dokumen dokumen berkaitan dengan fitnah tersebut dicetak, disimpan dan dibawa bersama bagi memudahkan peguam untuk membuat kajian dan penilaian mengenai kes anda.
Jika kenyataan fitnah berbentuk penulisan dan disebarkan di media sosial, whatsapp ataupun telegram anda perlu mendapatkan tangkapan skrin kenyataan tersebut dan butiran mengenai identiti orang yang menyebarkan kenyataan fitnah tersebut.
Jika kenyataan fitnah berbentuk percakapan, anda perlu pastikan yang anda mempunyai saksi yang boleh memberi keterangan bagi pihak anda.
Dato’ Safee bin Daud v Raj A/L Gopal [2012] 10 MLJ 203, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Plaintif (Dato’ Safee) merupakan seorang usahawan terkemuka Malaysia dan Defendan (Raj) adalah seorang wartawan. Defendan telah membuat dua pernyataan berunsur fitnah di akaun Twitter nya berkenaan Plaintif pada waktu yang berbeza. Plaintif menyatakan bahawa pernyataan berunsur fitnah Defendan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang mengakses akaun Twitter Defendan yang tidak ‘private’ dan dia mempunyai beribu ribu pengikut, antaranya tokoh korporat terkenal, ahli politik dan personaliti-personaliti media.
Keputusan: Mahkamah mendapati pernyataan yang dibuat Defendan memenuhi kriteria fitnah terhadap Plaintif. Mahkamah memerintahkan gantirugi am sebanyak RM300,000.00, gantirugi keterlaluan RM200,000.00 dan injunksi bagi menghalang Defendan, pembantu-pembantu dan agennya daripada selanjutnya menfitnah Plaintif.
Tambahan pula, Mahkamah bersetuju Plaintif adalah seorang yang terkenal yang memegang posisi utama dalam masyarakat dan perniagaan, secara tempatan, serantau dan luar negara; seseorang yang dipandang tinggi dan yang mana reputasi akan terjejas dengan serius oleh kenyataan fitnah yang dibuat Defendan.
Anda buntu dengan masalah yang dihadapi?
Jom dapatkan nasihat guaman dari peguam peguam kami yang profesional.
Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks untuk orang ramai.
“Peguam & Penyelamat Anda”
Hubungi kami di talian: