Apakah itu perlembagaan syarikat?

Apakah itu perlembagaan syarikat?

Apakah itu perlembagaan syarikat?

Perlembagaan syarikat merupakan satu dokumen yang mengikat syarikat dan anggota-anggotanya. Perlembagaan juga merujuk kepada ‘Memorandum and Articles of Association’ yang mengawal pengurusan dalaman dan hal ehwal sesebuah syarikat seperti pelantikan pengarah, pengendalian mesyuarat, dan pemindahan saham. Sebuah syarikat boleh memasukkan apa-apa perkara yang dikehendakinya di dalam perlembagaan tersebut selagi ia tidak melanggar peruntukan Akta Syarikat 2016. 

Kesan perlembagaan syarikat

Apakah kesan perlembagaan syarikat? 

Seksyen 33 Akta Syarikat 2016 memperuntukkan kesan perlembagaan syarikat di mana ia akan mengikat syarikat dan anggota-anggotanya seolah-olah perlembagaan itu telah ditandatangani dan dimeterai oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada setiap bahagian setiap ahli untuk mematuhi setiap peruntukan dalam perlembagaan tersebut. 

Bagaimana syarikat boleh meminda perlembagaan?

Syarikat boleh meminda atau mengubah perlembagaan menurut seksyen 36 dan 37 Akta Syarikat 2016. Seksyen 36 (1) memperuntukkan bahawa perlembagaan syarikat boleh diubah atau dipinda melalui satu ketetapan khas, manakala seksyen 37 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh membuat perintah untuk mengubah dan meminda perlembagaan syarikat jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah tidak praktikal untuk mendapatkan kelulusan ketetapan khas bagi meminda perlembagaan tersebut.

Perlembagaan syarikat wajib atau tidak?

Akta Syarikat 1965 memperuntukkan perlembagaan syarikat adalah wajib untuk setiap syarikat. Walau bagaimanapun, Akta Syarikat 2016 menyatakan bahawa perlembagan syarikat tidak lagi wajib bagi setiap syarikat kecuali bagi syarikat berhad menurut jaminan (‘company limited by guarantee’). Seksyen 38 Akta Syarikat 2016 menyatakan bahawa syarikat berhad menurut jaminan hendaklah mempunyai satu perlembagaan. 

Perbezaan antara perjanjian pemegang saham dan perlembagaan syarikat.

Adakah perjanjian pemegang saham dan perlembagaan syarikat serupa? 

Jawapannya, tidak. Perlembagaan syarikat merupakan satu dokumen yang mengikat syarikat, anggota-anggotanya dan juga pengarah. Manakala perjanjian pemegang saham merupakan satu perjanjian yang mengikat secara sah antara syarikat dan pemegang-pemegang saham syarikat. 

Antara perbezaan lain adalah perlembagaan syarikat boleh diakses boleh sesiapa sahaja, berbeza dengan perjanjian pemegang saham yang bersifat sulit dan butiran-butiran di dalam perjanjian pemegang saham tidak boleh didedahkan kepada umum. 

Jong dan  Mio [2019] MLJU 2168

Dalam kes Jong v Mio [2019] MLJU 2168, perlembagaan syarikat Defendan memerlukan kuorum 2 pemegang saham kelas A dan 1 pemegang saham Kelas B untuk mesyuarat pemegang saham dan pengarah syarikat diadakan. Walau bagaimanapun, syarikat United yang merupakan pemegang saham kelas A telah menjual sahamnya kepada pemegang saham yang lain dan syarikat United bukan lagi pemegang saham bagi syarikat Defendan. Oleh itu, hanya ada 1 pemegang saham kelas A dalam syarikat itu yang tinggal. Plaintif memohon untuk mengubah dan meminda perlembagaan syarikat menurut seksyen 37 Akta Syarikat 2016 kerana perlembagaan tersebut tidak dipatuhi dengan sempurna mengakibatkan kegagalan korum untuk mesyuarat seterusnya. 

Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan Plaintif dibuat tanpa memprejudiskan mana-mana pihak dan adalah tidak praktikal bagi syarikat untuk meminda perlembagaan syarikat melalui prosedur biasa yang ditetapkan dalam perlembagaan itu sendiri. 

Mahkamah memerintahkan perlembagaaan syarikat Defendan hendaklah diubah dan dipinda dan salinan perlembagaan syarikat yang telah diubah dan dipinda hendaklah diserahkan oleh Defendan kepada SSM dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah Mahkamah.

Anda buntu dan perlukan nasihat guaman?

Anda perlukan nasihat dari segi undang-undang? Atau anda nak bawa tindakan ke Mahkamah? Hubungi kami untuk set temu janji bersama peguam-peguam kami. Peguam-peguam kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. 

“Peguam & Penyelamat Anda”

Hubungi kami di talian:      

https://wa.me/0129320086

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *