|

Apakah itu pembubaran sebuah syarikat?

Adakah syarikat yang telah digulung dianggap telah dibubarkan? Jawapannya, tidak. Pembubaran sebuah syarikat berlaku apabila nama dan rekod syarikat tersebut telah sah dibuang dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Bagaimana pembuangan syarikat boleh terjadi?

Menurut seksyen 549 Akta Syarikat 2016, pembuangan syarikat boleh terjadi apabila syarikat tersebut tidak menjalankan perniagaan ataupun tidak beroperasi, syarikat itu melanggar peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016, syarikat itu digunakan dengan cara yang menyalahi undang-undang atau menjejaskan keamanan, kebajikan,keselamatan dan kepentingan awam di Malaysia.

Apakah yang perlu dilakukan jika pengarah tunggal meninggal dunia?

Jika pengarah tunggal sesebuah syarikat meninggal dunia, setiausaha syarikat bertanggungjawab mengikut seksyen 209(3) Akta Syarikat untuk mengadakan mesyuarat waris kadim, wakil diri lain atau suatu mesyuarat anggota untuk melantik pengarah baru.

Jika tiada lantikan pengarah baru dalam tempoh enam bulan selepas pengarah itu meninggal dunia, pendaftar syarikat boleh memerintahkan syarikat itu dibuang dari daftar.

Bagaimanakah seorang pengarah syarikat  boleh dipecat?

Seorang pengarah syarikat boleh dipecat daripada jawatannya menurut seksyen 206 Akta Syarikat 2016. Menurut seksyen tersebut, seorang pengarah boleh dipecat sebelum habis tempoh jawatan pengarah itu melalui ketetapan biasa (bagi syarikat persendirian) atau bagi syarikat awam, mengikut Akta Syarikat 2016.

Adakah pengarah syarikat yang dipecat boleh menuntut bayaran?

Bayaran kepada pengarah syarikat yang telah dipecat daripada jawatannya boleh dituntut menurut Seksyen 227 Akta Syarikat 2016 di mana  bayaran kepada pengarah bagi kehilangan jawatan hendaklah terlebih dahulu didedahkan kepada ahli syarikat dan resolusi cadangan itu diluluskan oleh ahli. 

Jika bayaran  dibuat tanpa butir-butir berkenaan pembayaran tersebut dizahirkan kepada anggota syarikat dan ketetapan bagi cadangan pembayaran itu telah diluluskan oleh anggota syarikat, maka bayaran tersebut dianggap menyalahi undang-undang.

Pemecatan pengarah syarikat. Penindasan atau tidak?

Dalam kes Hoon Wah v NG & Ors [2014] 9 MLJ 114, Plaintif telah menyaman dua buah syarikat yang merupakan perniagaan yang dimiliki oleh keluarga, termasuk kedua ibu bapa dan saudara perempuannya. Plaintif mendakwa bahawa idea Plaintif untuk menukarkan perniagaan syarikat pertama, kepada kitar semula sisa plastik adalah ideanya sendiri. Plaintif juga mendakwa bahawasebelum itu Plaintif telah dijanjikan dengan sebanyak 50% pemegangan saham di dalam syarikat pertama dan 30% pemegangan saham di dalam syarikat kedua.. Saham Plaintif dalam syarikat pertama telah dikurangkan tanpa pengetahuan Plaintif. Di dalam mesyuarat agung luar biasa syarikat pertama, Plaintif telah dikeluarkan daripada menjadi pengarah syarikat di dalam syarikat pertama termasuk syarikat kedua. Oleh itu, Plaintif membawa tuntutan bahawa tindakan Defendan-Defendan merupakan satu penindasan terhadapnya di bawah syarikat 181 Akta Syarikat 1965. 

Mahkamah menolak tuntutan Plaintif kerana Mahkamah berpendapat bahawa penyingkiran Plaintif adalah berikutan mesyuarat agung luar biasa yang dijalankan dengan betul dan pihak majoriti di dalam dua syarikat telah menentangnya. Mahkamah juga menyatakan bahawa perjanjian 50% saham adalah bukan penindasan kerana ia tidak ditandatangani di dalam perjanjian dan tiada niat untuk membentuk hubungan undang-undang. 

Anda perlukan nasihat guaman?

Anda merupakan pengarah syarikat dan perlukan nasihat dari segi undang-undang? Atau anda nak bawa tindakan ke Mahkamah? Hubungi kami untuk set temu janji bersama peguam-peguam kami. Peguam-peguam kami sentiasa bersedia untuk membantu anda. 

“Peguam & Penyelamat Anda”

Hubungi kami di talian:      

https://wa.me/0129320086

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *