Kontrak adalah undang-undang yang mengawal urusan perjanjian.
Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang.
Soalan :
Penting ke Kontrak perjanjian antara “business partner”?
JAWAPAN:
Tujuan asal kontrak perjanjian adalah untuk melindungi kedua-dua pihak daripada masalah di kemudian hari. Pada peringkat awal perniagaan, mungkin anda akan menganggap perkara ini remeh sahaja, dan kontrak boleh di draf sendiri.
Namun, sekiranya timbul isu dalam kandungan kontrak tersebut di masa hadapan, apakah tindakan yang boleh anda lakukan? Isu tersebut termasuklah seperti pelanggaran kontrak antara rakan kongsi, peratusan pemilikan serta pengagihan keuntungan & kerugian dan sebagainya.
Lantiklah peguam untuk menyediakan kontrak anda untuk ketenangan jiwa.
5 PERKARA ASAS YANG PERLU ANDA TAHU APABILA MENANDATANGANI KONTRAK
1. Tandatangan dan tarikh: Dengan menandatangani dokumen itu, ia akan mengikat pihak itu melalui kontrak, walaupun beliau tidak membaca dokumen itu.
2. Jangan tandatangan sebarang draf kontrak: Jika anda belum memuktamadkan kontrak, jangan sesekali menurunkan tandatangan anda pada sebarang bentuk draf kontrak yang anda hantar atau terima.
3. Pastikan anda baca semua lampiran: Adalah lebih baik jika anda faham akan semua kandungannya.
4. Sentiasa minta satu (1) salinan kontrak tersebut: Mintalah satu salinan sebagai langkah berjaga-jaga. Jika hanya satu pihak memiliki kontrak, ada potensi penipuan boleh berlaku.
5. Tandatangan setiap helaian muka surat: Tandatangan dalam semua muka surat kontrak adalah amat penting terutamanya jika anda tidak menerima salinan kontrak.
Mungkir Kontrak?
Suatu tindakan boleh diambil terhadap pihak yang mungkir kontrak di bawah undang-undang sivil. Pihak yang menuntut boleh mendapatkan ganti rugi jika kemungkiran kontrak dan kesemua elemen-elemen kontrak dapat dibuktikan.
Kontrak tersebut perlu dikemukakan sebagai bukti jika kes anda dibawa ke Mahkamah. Segala transaksi dan dokumen-dokumen lain yang berkenaan dengan kontrak tersebut juga merupakan bukti yang penting.
SOALAN:
Jika Syarikat disaman atau ingin menyaman seseorang individu atau Syarikat tetapi tidak mampu melantik peguam, adakah Syarikat tersebut boleh diwakili secara perseorangan?
JAWAPAN:
Secara am nya tidak. Aturan 5 Kaedah 6(2) menyatakan bahawa suatu pertubuhan perbadanan tidak boleh memulakan atau meneruskan apa-apa prosiding melainkan melalui seorang peguam.
PENAMATAN KONTRAK PERKONGSIAN
Kontrak perkongsian boleh ditamatkan melalui tiga (3) cara iaitu:
1. Pembubaran secara sendiri:
a) Apabila luput tempoh ditetapkan atau apabila urusan dan matlamat perkongsian telah selesai dan tercapai;
b) Apabila berlaku kematian atau rakan kongsi diisytihar bankrap;
c) Apabila terdapat rakan kongsi bertindak untuk membenarkan syernya dalam perkongsian digadaikan untuk pembayaran hutang.
2. Penamatan melalui notis.
3. Pembubaran oleh mahkamah.
Perlukan nasihat guaman dari Liyana & Co? Tetapi anda tinggal di luar negeri Selangor? Jangan risau, temujanji bersama peguam kami boleh melalui tiga (3) cara iaitu:
• Panggilan Telefon
• Atas talian (Google Meet/Zoom)
• Perjumpaan di Pejabat
Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks untuk orang ramai.
“Peguam & Penyelamat Anda”
Hubungi kami di talian: