Sharing :
APA JADI KALAU EJEN SESUATU ORGANISASI MENYELEWENG DUIT CLIENT
Liyana The Lawyer
Pada hari ni kita berkenalan dgn s.191 Akta Kontrak 1950.
Menurut seksyen ini sesiapa sahaja yang merupakan ejen kepada seseorang atau sesebuah organisasi (Principal) , maka apa jua salah laku yang dilakukan oleh ejen tersebut dalam skop kuasa kerja ejen itu akan menjadi kesalahan Principal yang telah melantik ejen itu juga.
Dalam kes yang telah dilaporkan di mahkamah Tinggi baru baru ini, Pertama Makmur Sdn Bhd v Hong Leong MSIG Takaful Bhd (formerly known as Hong Leong Tokio Marine Takaful Bhd) fakta kes adalah seperti berikut:-
Ejen yang telah dilantik secara sah oleh pihak Insurans Hong Leong MSIG Takaful Bhd telah melakukan penyelewangan duit premium dan telah memalsukan dokumen extension of coverage yang telah dibayar oleh Plaintif, Pertama Makmur Sdn Bhd.
Telah berlaku kemalangan dalam tempoh waktu extension coverage dan Plaintif telah memfailkan tuntutan pampasan terhadap pihak insurans ini.
Dalam kes ini, Hakim Yang Bijaksa telah memutuskan bahawa:-
- Pihak insurans ini masih perlu membayar pampasan kepada plaintif.
- Walaupun ejen Insurans tersebut telah melakukan penyelewangan duit premium Plaintiff dan telah memalsukan dokumen extension coverage tersebut, namun ini tidak menidakkan liabiliti pihak insurans untuk membuat pampasan ke atas tuntutan kemalangan plaintif
- Walaupun pihak Insurans tidak menerima duit premium extension yang dibayar oleh Plaintif kerana duit tersebut sebenarnya telah diambil secara haram oleh ejen tersebut, namun pihak insurans itu masih bertanggungjawab kerana
Plaintif telah memaklumkan kepada ejen tersebut tentang tuntutan kemalangan itu. Dan ejen tersebut masih diakui sebagai ejen yang sah dilantik oleh pihak insurans.
Kesimpulannya, anda harus ada black and white yang utuh lagi teguh dan sebarang perlantikkan ejen untuk bekerja di bawah operasi perniagaan anda akan menjadikan anda sebagai Principal yang akan bertanggungjawab terhadap segala salah laku ejen.
Sekian,
Moga anda semua lebih bijak law setelah membaca artikel saya ini,
-LiyanaTheLawyer-