Hibah adalah suatu pemberian harta dalam Islam oleh pemberi semasa pemberi masih hidup. Manakala wasiat adalah pemberian harta yang dibuat selepas orang yang membuat wasiat itu meninggal dunia.
Hibah adalah pemberian harta secara sukarela tanpa balasan dengan lafaz ijab dan qabul. Wasiat pula adalah pemberian harta kepada orang atau pihak lain sama ada ia dibuat melalui lisan atau tidak.
ELEMEN HIBAH PERTAMA – PEMBERI
Pemberi hibah mestilah mempunyai milikan dan kuasa penuh terhadap harta yang hendak dihibahkan. Sekiranya harta itu milik orang lain, ia tidak boleh dihibahkan.
Pemberi hibah juga mestilah seorang yang berakal, waras, dewasa dan berupaya untuk mengurus hartanya sebagai hibah.
Maka, seorang kanak-kanak atau orang yang kurang siuman tidak boleh membuat hibah meskipun mereka memiliki harta.
ELEMEN HIBAH KEDUA – PENERIMA
Penerima hibah mestilah boleh menerima harta hibah secara langsung jika dia adalah dewasa dan sihat fikirannya. Jika penerima adalah kanak-kanak atau orang yang lemah fikirannya, dia perlu diwakili oleh seseorang yang layak atau dipanggil sebagai pemegang amanah.
Penerima juga mestilah wujud ketika pemberian hibah dibuat. Namun, jika pemberi hibah ingin memberikan kepada anak yang masih belum lahir, perlulah mendapat persetujuan penerima yang lain untuk menerima kewujudan anak tersebut sebagai penerima hibah pada masa hadapan sewaktu pembahgian dilakukan.
ELEMEN HIBAH KETIGA – HARTA YANG DIHIBAHKAN
Terdapat beberapa ciri berkenaan harta yang hendak dihibahkan:
1. Harta mestilah dimiliki penuh oleh pemberi hibah
2. Harta mestilah wujud semasa hibah dibuat
3. Harta mestilah sesuatu yang bernilai dan halal
4. Harta mestilah diperincikan secara khusus untuk makluman penerima
ELEMEN HIBAH KEEMPAT – SIGHAH (PENGUMUMAN)
Sighah mestilah dibuat oleh pemberi hibah kepada penerima. Ini akan diambil kira sebagai suatu pengesahan berlakunya pemberian dan penerimaan harta secara hibah.
Perlu ada syarat-syarat berikut:
1. Aqad iaitu pertemuan akujanji. Dihadiri oleh pemberi hibah, penerima dan dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang wanita.
2. Ijab, iaitu lafaz pemberian harta oleh pemberi hibah kepada penerima. Perlu dinyatakan dengan jelas segala syarat jika ada dan perihal harta.
3. Qabul, iaitu lafaz penerimaan harta oleh penerima hibah daripada pemberi. Perlu dinyatakan dengan jelas lafaz tersebut. Kesemua pihak penerima perlu hadir semasa majlis.
KES MAHKAMAH – PENERIMAAN HIBAH OLEH PENERIMA
Eshah binti Abdullah dan Lima Yang Lain lwn Che Aminah binti Abdul Razak dan Dua Yang Lain [2004] XVIII (I) JH 47
Dalam kes ini, timbul isu berkenaan sama ada penerimaan hibah perlu dibuat dengan jelas atau memadai dengan wujudnya bukti lain yang membuktikan adanya penerimaan.
Pemberi hibah telah meninggal dunia tetapi pemilikan harta iaitu sebuah bangunan masih berdaftar atas nama pemberi.
Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes ini membenarkan rayuan memandangkan ada bukti penerimaan hibah oleh tiga orang penerima. Mereka telah mengaku menerima hasil sewaan bangunan sejak pemberi hibah masih hidup.
ANDA NAK BUAT TUNTUTAN HARTA PUSAKA?
Tak tahu apa prosedur pembahagian harta pusaka?
Apa yang perlu anda lakukan lepas ahli keluarga meninggal dunia?
Tak tahu nak rujuk siapa?
Jom dapatkan nasihat dan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 10 tahun! Hubungi kami sekarang! Kami beersedia membantu anda!
Hubungi kami untuk set temujanji: