FAKTA KES: SUHAIMI LWN AMIR [2020] MLJU 805
Plaintif dan isterinya merupakan rakan kongsi defendan bagi perniagaan di atas nama Syarikat JLA. Plaintif membuat tuntutan terhadap defendan mengenai beberapa posting di “Facebook”.
Menurut plantif, posting tersebut telah memfitnah plaintif dan menyebabkan plaintif mengalami kerosakan dari segi reputasinya dan mengalami kerugian di mana perniagaan plaintif tidak berjalan lancar. Walaubagaimanapun, defendan menafikan posting tersebut merujuk kepada plaintif atau pekerjaannya atau berhubung dengan kelakuannya dalam menjalankan pekerjaannya seperti yang didakwa oleh plaintif.
Dalam kes ini, defendan juga telah memulakan tindakan undang2 terhadap plaintif bahawa plaintif telah melakukan penipuan dan menyeleweng wang Syarikat JLA sebanyak 7 juta.
KEPUTUSAN MAHKAMAH: SUHAIMI LWN AMIR [2020] MLJU 805
Mahkamah telah mendapati pihak plaintif telah gagal membuktikan kesnya terhadap defendan di atas kadar imbangan kebarangkalian yang kenyataan melalui posting di Facebook adalah bersifat fitnah terhadap plaintif. Oleh itu, Mahkamah juga telah menolak tuntutan plaintif terhadap defendan dengan kos sebanyak RM20,000 tertakluk kepada fi alokatur.
Namun, bagi tindakan undang-undang defendan terhadap plaintif, mahkamah membenarkan kerana berpuas hati dan membuat dapatan bahawa defendan telah berjaya membuktikan kesnya yang plaintif telah melakukan menipuan dan pemalsuan serta penyelewengan terhadap wang Syarikat JLA sebanyak RM7 juta.
ELEMEN-ELEMEN FITNAH YANG PERLU DIPENUHI SEBELUM MEMULAKAN TINDAKAN
1) Percakapan atau kenyataan bertulis tersebut adalah memfitnah,
2) Percakapan atau kenyataan bertulis tersebut merujuk kepada anda sendiri, bukan orang lain,
3) Percakapan atau kenyataan bertulis tersebut disampaikan kepada pihak ketiga.
Bagaimana dengan pampasan atau ganti rugi yang bakal diterima jika menang kes saman fitnah?
Tiada formula tetap dalam menentukan nilai pampasan atau ganti rugi yang bakal diterima. Segala ganti rugi akan ditentukan oleh mahkamah mengikut pelbagai faktor antaranya seperti
1) reputasi si penuntut,
2) tahap keseriusan dan impak yang datang daripada kenyataan fitnah tersebut,
3) wujudnya sebarang niat jahat (malice), dan
4) sama ada defendan telah membuat permohonan maaf.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kes ini? Hubungi kami sekarang!
“Peguam & Penyelamat Anda!”
Hubungi kami di talian: