Anda pekerja dan diberhentikan secara tidak adil? Atau anda majikan dan ingin tahu hak anda untuk memberhentikan pekerja?

Di Malaysia, sekiranya anda diberhentikan oleh majikan anda tanpa sebab yang adil dan munasabah, anda mungkin diberhentikan secara tidak adil.

Oleh yang demikian, anda boleh membawa tuntutan di bawah seksyen 20 (1) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 yang memperuntukkan jika seseorang pekerja, sama ada ia adalah seorang ahli kesatuan sekerja pekerja-pekerja atau selainnya, menganggap bahawa dia telah dipecat tanpa sebab atau alasan yang munasabah oleh majikannya, ia boleh membuat representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk diambil bekerja semula dalam pekerjaannya.

Ingat, anda perlu kenal pasti beberapa perkara ini sebelum menyaman majikan anda! Pertama, anda perlu kenalpasti sebab-sebab anda diberhentikan. Kedua, anda perlu peka dan pastikan cara anda diberhentikan adalah dengan cara yang tidak betul. Ketiga, alasan anda diberhentikan adalah tidak wajar.

Anda telah diberhentikan oleh majikan secara tidak adil. Apa yang anda boleh tuntut?

Bekas pekerja boleh meminta pengembalian semula pekerjaannya atau pampasan dan sehingga 24 bulan atau 12 bulan untuk percubaan

Kalau anda tahu anda sudah diberhentikan secara tidak adil, apakah tindakan yang perlu anda ambil dengan segera?

1. Membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam masa 60 hari dari tarikh pembuangan kerja atau tarikh akhir kerja. 

2. Jabatan Perhubungan Perusahaan akan mengadakan rundingan damai antara kedua-dua pihak (pekerja dan majikan). 

3. Sekiranya rundingan damai tidak berjaya, JPP akan dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk kemukakan kes tu ke Mahkamah Perusahaan. 

4. Mahkamah Perusahaan akan mendengar dan memutuskan kes yang dirujuk.

Mari kita baca 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd v Ashvine A/P Hari Krishnan [2023] MLRAU 65.

Pekerja (perayu) dalam kes ini seorang pengurus kanan jabatan sumber manusia bagi syarikat yang meletakkan jawatan atas sebab layanan yang tidak adil buli dan gangguan. Perayu menuntut ganti rugi kerana didakwa pemecatan secara salah dengan sengaja menyebabkan tekanan emosi gangguan, buli dan kecuaian. Isu di Mahkamah Rayuan ialah sama ada perayu berhak untuk menuntut pemecatan konstruktif di Mahkamah Tinggi, di mana dia menuntut sejumlah RM96 juta sebagai ganti rugi. 

Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dibatalkan kerana pekerja telah menyampaikan notisnya. Oleh yang demikian, tiada wang tertunggak yang boleh dianugerahkan oleh mahkamah dan tuntutan tersebut merupakan kesalahan dalam proses Mahkamah. Mahkamah Rayuan juga menyifatkan tort gangguan, buli, tekanan emosi merupakan elemen untuk pemecatan konstruktif. Memandangkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 digubal untuk menyediakan remedi bagi pemecatan yang tidak adil, pekerja perlu memohon remedi tersebut daripada membawa tindakan sivil.

Saya majikan. Tapi, saya nak tahu juga hak saya sebagai majikan untuk memberhentikan pekerja saya.

Kalau anda majikan, anda boleh memberhentikan pekerja anda dalam situasi berikut, antaranya;

1. Pekerja tidak datang bekerja dua (2) hari secara berturut-turut tanpa kebenaran majikan terlebih dahulu kecuali dengan sebab-sebab munasabah. 

2. Majikan memberhentikan pekerja dengan notis yang cukup: 3. Majikan boleh memberhentikan pekerja tanpa notis dengan membayar gaji pekerja mengikut tempoh notis yang sepatutnya diberikan berdasarkan seksyen 12 Akta Kerja 1955. 

4. Majikan juga boleh memberhentikan pekerja tanpa notis atas sebab salah laku atau melanggar terma-terma kontrak pekerjaan (bertulis atau lisan) sekiranya aduan telah dibuat kepada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia dan penyiasatan telah dibuat dan terbukti salah laku pekerja tersebut.

Anda nak tuntut hak anda dan perlukan nasihat daripada peguam?

Jangan tunggu lagi! Jom set temujanji dengan peguam-peguam kami untuk membantu masalah anda! 

Inginkan nasihat lanjut? Hubungi kami sekarang! 

“Peguam & Penyelamat Anda!” 

�� Hubungi kami di talian: 

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment