ANAK DITANGKAP CURI DUIT DARI ATM AYAH

Sharing :

ANAK DITANGKAP CURI DUIT DARI ATM AYAH

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Anda pernah dengar kes di mana seorang anak disabit kesalahan kerana mencuri wang dari mesin ATM ayah beliau? Dengar macam kes anak derhaka bukan? Namun memang ini adalah kesalahan jenayah yang serius.  

Di dalam kes Pendakwa Raya v Mohd Yusof Nordin, Yusof, 37, yang merupakan seorang ahli perniagaan, dituduh mengeluarkan wang tunai daripada akaun bank bapanya melalui ATM (Maybank & Agro Bank) dalam 6 transaksi dengan setiap pengeluaran berjumlah RM1000.00 jumlah keseluruhan RM6,000.00, tanpa pengetahuan mangsa. 

Yusof telah dutuduh di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer sebanyak 6 pertuduhan di mana Mohd Yusof mengaku bersalah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (3) Akta yang sama Dan boleh berdepan hukuman denda tidak lebih RM150,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Nak curi duit dari mak & ayah atau dari orang lain? Fikir lah berkali kali ye. 

Moga perkongsian saya pada kali ini membuat anda lebih bijak law, 

-Liyana the Lawyer- 

 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment