Sharing :
PUBLISH FAKTA PUN BOLEH KENA SAMAN MALU?
Liyana The Lawyer
Pada Jumaat minggu lepas, ada dua orang pemuda membuat konsultasi guaman selama sejam dengan saya melalui Zoom.
Kepada mereka, terima kasih saya ucapkan. Antara Persoalan yang diajukan adalah sama ada jika kita menerbitkan sesuatu fakta, bolehkah dikenakan saman malu?
Di dalam kes Sun Media Corporation Sdn Bhd V. The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd [2020] 7 CLJ 751, Kes ini melibatkan syarikat yang memiliki akhbar the Sun, Sun Media yang telah menyaman sebuah syarikat yang bernama Nielsen .
Nielsen ni terkenal dengan survey tahunannya yang dinamakan Indeks Media Nielsen atau ‘NMI’. Kaji selidik NMI adalah meluas yang antaranya mengukur penggunaan media cetak dan elektronik yang berbeza, jumlah penonton saluran TV satelit, serta jumlah pembaca bahan bacaan seperti akhbar.
Kaji selidik NMI dijalankan sejak tahun 1968, pada setiap suku tahun dengan keputusan yang diterbitkan secara dwibahasa dan hanya tersedia kepada pelanggan berbayar, dengan sekatan ke atas penggunaan dan penafian liabiliti.
Kes ini pada mulanya difailkan oleh Sun Media di Mahkamah Tinggi dimana Sun Media telah kalah. Antara tuntutan mereka adalah:-
Nielsen telah membuat kaji selidik dengan keputusan data salah yang menunjukkan bahawa jumlah pembaca the Sun adalah sangat rendah
Sun Media berpendapat bahawa ini adalah hasil daripada kelemahan dalam reka bentuk, metodologi dan pengendalian kaji selidik oleh Nielsen.
Terdapat beberapa mesyuarat perbincangan antara kedua belah pihak di mana walaupun Sun media tidak berpuas hati dengan survey Nielsen, namun Sun media akhirnya melantik juga pihak Nielsen untuk menjalankan satu lagi survey yang dinamakan ‘Prime Survey’ untuk memantau taraf pembacaan orang ramai terhadap akhbar the Sun. hasil survey ini sepatutnya digunakan oleh Sun Media sebagai marketing tool.
‘Prime Survey’ ini menunjukkan bahawa pembaca akhbar the Sun sebenarnya adalah jauh lebih tinggi dan ramai berbanding survey survey NMI sebelum ini. Oleh itu, Sun Media telah menyaman Nielsen atas dasar mereka telah difitnah tentang jumlah pembaca yang rendah . ini juga telah menyebabkan Sun media rugi kerana mereka telah kehilangan peluang pengiklanan.
Sun Media telah memohon antara lain, bagi ganti rugi am serta ganti rugi khas sebanyak RM303.52 juta bagi kehilangan keuntungan daripada iklan.
Di sini, setelah bicara selama 16 hari dijalankan di mana 13 orang saksi telah dipanggil termasuk 2 orang saksi pakar yang mengesahkan bahawa cara survey yang dijalankan oleh Nielsen adalah betul atau tidak, Mahkamah memutuskan bahawa Sun Media gagal dalam kesemua tuntutannya terhadap Nielsen.
Tiada juga bukti yang menunjukkan bahawa Sun media telah kehilangan keuntungan dari pengiklanan. Malah, data yang ditunjukkan oleh Sun Media menunjukkan sebaliknya di mana terdapat kenaikan dari keutungan pengiklanan tersebut.
Cara yang digunakan dalam pengendalian dan pelaksanaan kaji selidik NMI memenuhi piawaian penyelidikan statistik yang boleh diterima dan penemuan itu boleh dipercayai oleh Mahkamah Yang Mulia
Kesimpulannya disini, jika anda publish satu perkara yang berunsur fakta dan bukannya fake news atau rekaan semata-mata, amatlah tipis peluang anda untuk disaman malu.
Namun, pastikan anda publish fakta ye. Jangan memadai main publish perkara yang anda sendiri tak pasti sahih atau tidak yang anda temui di socmed.
Sekian, moga anda lebih bijak law setelah membaca artikel saya ini.
-Liyana the Lawyer-