Sharing :
ADAKAH WHATSAPP AGREEMENT VALID ATAU TIDAK?
Liyana The Lawyer
Baru-baru ni alhamdulillah agak banyak client telah sudi mendapatkan nasihat guaman dari saya. Tapi sadly, memang ramai yang telah menjadi mangsa scam dan tipu.
Dalam kebanyakan kes-kes ini, saya lihat memang kesemuanya akan mempunyai satu persamaan yang nyata- komunikasi hanya melalui WhatsApp.
Saya nak tekankan disini kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bahawa ini juga adalah salah satu RED FLAG yang menunjukkan anda mungkin sedang berunding dengan seorang scammer.
Sepanjang hidup saya, tak pernah lagi saya melihat company yang benar-benar menjalankan perniagaan yang telus dan established menggunakan komunikasi melalui WhatsApp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan.
Macam firma saya , kami memang ada nombor bimbit pejabat dengan Aplikasi WhatsApp yang memudahkan komunikasi dengan pelanggan, namun ianya mesti disertakan dengan surat-menyurat rasmi yang akan dihantar melalui emel dan juga pos daftar akuan terima (AR Registered).
Tambahan pula, anda bukan sedang berurus niaga dengan amaun yang sedikit dan kecil. Kebanyakan mangsa yang kena scam ini memberitahu saya ada yang transfer duit dalam amaun bukan sahaja puluhan ribu, malah ratusan ribu pun ada hanya melalui komunikasi WhatsApp!
Aduh, sudah jatuh ditimpa tangga pula apabila sudah transfer duit, kemudian scammer ini melarikan diri dan anda hanya ada komunikasi dalam bentuk whatsapp sahaja. Agreement hitam putih semuanya tiada.
Jadi kesimpulannya, jika anda nak deal dengan pihak lain yang melibatkan wang tunai, saya sarankan anda dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai pihak itu-betul ke ada pejabat ke sekadar virtual office?
Betul ke ada orang di pejabat itu pun? Nombor telefon pejabat takkan sekadar nombor bimbit sahaja? Tak ada nombor landline ke? Adakah pihak ini berdaftar dengan SSM atau apa-apa badan yang mengawal selia bidang pihak yang anda berurusan tersebut.
Sekian, moga tips saya kali ini membuat anda lebih bijak dan peka dari scammers,
-Liyana the Lawyer-