BETULKAH SAMAN MALU BOLEH MENCECAH BERJUTA?

Sharing :

BETULKAH SAMAN MALU BOLEH MENCECAH BERJUTA?

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Isu saman-menyaman Malu sedang hangat diperkatakan baru-baru ini. Saya sebenarnya baca sekilas lalu je headline berita tersebut.  

Malas nak ulas pasal viral viral ni tapi for sure saya tak akan melepaskan diri untuk menjawab soalan dan memperbetulkan teka teki dan pertanyaan orang adakah sebegitu mudah untuk mendapatkan amaun juta-juta yang dituntut itu? 

Di sini saya ingin ulas antara faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu menuntut pampasan yang tinggi di Mahkamah, adalah berdasarkan samada pihak yang terlibat dalam tuntutan ini adalah:- 

  1. Orang kenamaan yang mempunyai darjat dan pangkat, terutamanya jika ada melibatkan Menteri, public figure atau ahli politik; 

  1. Sama ada ada kes yang terdahulu yang telah diputuskan di Mana-mana Mahkamah yang boleh dijadikan panduan. Contoh jika benar ada kes lain yang terdahulu dimana seorang penjawat awam mendapat amaun dan tuntutan sebanyak RM2juta; 

  1. Samada pernyataan fitnah itu benar-benar menjatuhkan reputasi orang yang menuntut itu dengan sangat teruk; 

  1. Samada pihak yang melakukan pernyataan fitnah tersebut ada membuat perlakuan yang tidak senonoh seperti menyebarkan lagi pernyataan fitnah tersebut kepada orang ramai meskipun tuntutan telah difailkan di Mahkamah; 

  1. Jika orang yang dimalukan pun sebenarnya menjadi batu api yang meyumbang kepada kenyataan fitnah itu. 

  1. Dan samada jika terdapat lebih dari seorang yang membuat kenyataan malu tersebut, sama ada penuntut telah pun mendapat pampasan dari pihak lain seperti out of court settlement. 

Setakat ini saya punya carian dalam database kes-kes saman malu di Malaysia tiada lagi yang saya nampak seorang penjawat awam biasa mendapat pampasan sehingga Rm2juta.

 

​Jadi terserah kepada Mahkamah Yang Mulia dan Hakim Yang Bijaksana untuk mempertimbangkan samada amaun pampasan sebanyak RM2juta tersebut adalah setimpal atau tidak dengan kesalahan pembuat kenyataan fitnah dalam kes ini. 

Di dalam kes CHIN CHOON @ CHIN TEE FUT v CHUA JUI MENG [2005] 3 MLJ 494, kes ini berkenaan seorang peguam yang telah membuat kenyataan fitnah terhadap pihak lawan yang pada masa kes tersebut merupakan timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.  

Pada peringkat Mahkamah Rendah, Hakim telah memberi pampasan keseluruhan sebanyak RM1,500,000 kepada pihak yang difitnah itu. 

Peguam ini telah merayu ke Mahkamah Rayuan dimana setelah mahkamah mengambilkira dan menimbangkan semua, ia berpendapat award RM1,500,000 adalah keterlaluan.  

Ia melampaui batas award-award untuk kes fitnah. Berdasarkan keadaan tertentu kes ini, award RM200,000 adalah jumlah yang adil mengikut award ganti rugi secara menyeluruh. See? Dalam kes ini pun Timbalan Menteri dapat RM200,000.00 sahaja. 

Jadi, poin saya di sini, jarang jika orang biasa-biasa mendapat amaun juta-juta ni di Mahkamah. Ianya terpulang kepada fakta kes yang dibawa kehadapan Hakim Yang Bijaksana dan samada peguam penuntut dapat membuktikan bahawa anak guam mereka dimalukan sehingga berhak mendapat pampasan sebegitu rupa. 

Sekian, moga artikel saya ini membuat anda semua lebih bijak law. 

 

-Liyana the Lawyer- 

 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment