PENSYARAH SAMAN FITNAH RAKAN PENSYARAH SEFAKULTI

Sharing :

PENSYARAH SAMAN FITNAH RAKAN PENSYARAH SEFAKULTI

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Harini pada waktu kerja saya telah dicabar dengan beberapa perkara yang tidak berapa best. Jadi untuk meneutralkan efek negative vibes hasil daripada beberapa orang manusia yang tidak bertamadun dan menguji kesabaran saya tadi, malam ni saya nak hiburkan hati dan diri saya melalui perkongsian satu case law yang saya sedang buat research. 

Kes ini berkenaan Saman Fitnah since lately saya banyak juga inquiry mengenai prosiding ini. Dalam kes Abu Hassan bin Hasbullah v Zukeri bin Ibrahim, [2018] 6 MLJ 396, . 

Plaintif adalah Ketua Pensyarah dan Dekan Fakulti di sebuah Universiti di Malaysia, manakala Pemfitnah adalah pensyarah dalam tempoh percubaan di fakulti yang sama. Plaintif mendakwa bahawa Pemfitnah telah mengolah dua emel kasar bertarikh 29 Oktober 2014 dan 30 Oktober 2014 masing-masing (‘emel yang dipersoalkan’) dan menyebabkannya dihantar melalui alamat emel Pemfitnah kepada semua kakitangan akademik dan semua pentadbir fakulti.  

Plaintif menghujahkan bahawa perkataan dalam emel yang dipersoalkan itu bersifat fitnah terhadap plaintif dan dianggap untuk memperkecilkan plaintif. Plaintif selanjutnya mendakwa bahawa penerbitan emel yang dipersoalkan itu, yang berkemungkinan diedarkan dan dibaca oleh penerima, dihantar dengan niat jahat dan telah mengakibatkan plaintif berasa amat sedih dan malu dan reputasi peribadinya dan juga di pejabat telah terjejas teruk.  

Plaintif menuntut bahawa Pemfitnah mengundurkan dan menarik balik kedua emel yang dipersoalkan itu, membuat satu permohonan maaf kepada plaintif dan membuat satu akujanji bahawa dia tidak akan mengulangi penerbitan kenyataan fitnah yang serupa berkaitan plaintif kepada orang awam secara umumnya. Berikutan itu, plaintif memfailkan satu tindakan fitnah terhadap Pemfitnah.  

Melalui tindakan ini plaintif memohon, antara lain, relief injunktif, ganti rugi untuk fitnah, faedah dan kos. Dalam menjawab, Pemfitnah memplidkan bahawa perkataan yang dikatakan sebagai fitnah dalam emel yang dipersoalkan itu adalah benar dan bersandar kepada pembelaan justifikasi. Dia juga mendakwa bahawa emel yang dipersoalkan adalah ‘fair comment’ atas perkara ‘public interest’ terhadap fakulti dan semua siswa.  

Pemfitnah juga bersandar kepada pembelaan perlindungan bersyarat menyatakan bahawa emel yang dipersoalkan adalah satu cadangan untuk menyelesaikan masalah sedia ada dan untuk membangkitkan perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan fakulti.  

Selepas perbicaraan penuh, hakim di peringkat Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk membenarkan rayuan dengan kos sebanyak RM20,000: Plaintif dihakimi mendapat pampasan sebanyak RM70,000 dari Pemfitnah. 

Hurm, not bad. Fitnah melalui emel yang diedarkan kepada pihak ketiga. Boleh juga kita applikasikan kepada fitnah melalui Facebook dan yang sewaktu dengannya. 

Moga memperksakan ilmu perundangan anda semua, saya dah rasa happy balik sikit. 

Sekian,  

-Liyana the Lawyer- 

 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment