KENAPA MANGSA SCAM SUKAR NAK DAPATKAN KEMBALI DUIT?

Sharing :

KENAPA MANGSA SCAM SUKAR NAK DAPATKAN KEMBALI DUIT?

Picture of Liyana The Lawyer

Liyana The Lawyer

Sebut pasal kes ‘Scam’ ni memang tak berpenghujung kisahnya. Jika saya type in perkataan ‘Scam’ dalam database legal research, hanya akan terkeluar 113 kes sahaja dalam beribu-ribu kes yang telah dilaporkan dari Mahkamah. 

Kalau saya type in ‘scammer’ je lagi sedih. Hanya ada 5 kes dilaporkan sahaja yang menggunakan kata kunci ini. Maknanya kes berkenaan scammer dan scam ni ada berapa kerat jela yang berjaya dibawa ke medan pengadilan mahkamah? Betulke? Dan MENGAPA? 

First of all, kebanyakan orang yang dah kena scam ni beranggapan SALAH bahawa dengan membuat laporan pulis, kes mereka akan berjaya diselesaikan dimana scammer akan ditangkap, disoal siasat, dimasukkan ke penjara, dibawa ke majistret, dijatuhkan hukuman, si scammer membayar balik duit kepada mangsa, dan we all live happily ever after. 

TIDAK, Anda salah untuk beranggapan demikian. Mengapa? Kerana dalam prosiding jenayah, ianya adalah kes antara kerajaan vs orang dituduh. Hukumannya berdasarkan undang-undang jika pesalah disabit kesalahan. Selalunya, hukuman adalah dalam bentuk denda, penjara atau kedua-duanya sekali. Tidak ada hukuman untuk pesalah laku membayar pampasan atau gantirugi kepada mangsa.  

Kesimpulannya, sebab itulah jika anda terdengar kes mangsa scammer ke kena tipu ke, rata-rata orang ramai complain bila buat report polis tiada apa-apa tindakan dikenakan kepada salah laku dan tidak pula mangsa mendapat kembali duit mereka walaupun pesalah ditangkap. 

Anda perlu membawa tuntutan SIVIL di MAHKAMAH SIVIL untuk mendapatkan pampasan dan gantirugi tersebut. Tidak ada acara lain melainkan yang dinyatakan. Unless la kalau pesalah tu betul boleh bayar duit untuk pujuk awak tarik balik report. Itu pun kadang-kadang dia cakap mulut je nak tagih simpati. Lepas report kena tarik dia tak bayar pula. 

Sekian, moga memperkasakan ilmu perundangan anda semua. 

-Liyana the Lawyer- 

 

 

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment