Apakah Hak Undang-Undang Yang Saya Perlu Tahu Di Malaysia?

BAGAIMANAKAH JIKA SESEORANG MENGIKUTI ANDA SECARA BERTERUSAN?

Sama ada anda sedang berjalan atau memandu dan berasa sedang diikuti, adalah amat penting untuk sentiasa berhati-hati. Ikuti tips di bawah:-

  1. Segera telefon polis. Jika anda berada dalam situasi yang amat berbahaya, jangan teragak-agak untuk menelefon poliS.
  2. Pergi ke kawasan yang tidak sunyi. Mungkin anda boleh ke kedai kopi berdekatan. Orang ramai boleh menghalang pengintip daripada terus mengikuti anda.
  3. Tukar laluan anda. Manusia seringkali memasuki jalan yang salah. Tetapi tidak masuk akal jika dua orang sedang memasuki jalan yang salah secara serentak. Jika ini berlaku, segera ke balai polis berdekatan.

APAKAH HAK ANDA SEBAGAI MAJIKAN KE ATAS PEKERJA DI MALAYSIA?

Di bawah Akta Kerja 1955, majikan di Malaysia berhak mengurus, mengarah, dan mengambil tindakan disiplin secara adil, selaras undang-undang, untuk hubungan kerja harmoni.

Hak-hak ini seperti berikut:

  1. Majikan berhak mengurus organisasi, termasuk merekrut, memindah, menggaji, dan memberhentikan pekerja, selagi mematuhi undang-undang.
  2. Majikan berhak menamatkan perkhidmatan pekerja dengan notis dan alasan sah, selaras undang-undang buruh.
  3. Majikan berhak mengambil tindakan disiplin secara adil mengikut undang-undang dan kontrak pekerjaan.

APAKAH HAK SAYA SEBAGAI SEORANG PENYEWA?

Menyewa rumah atau bilik adalah satu tanggung jawab yang besar. Maka anda perlulah memahami hak anda sebagai seorang penyewa di bawah undang-undang. Menurut Akta Sewa-Beli 1967, berikut merupakan beberapa hak asas sebagai penyewa:-

  1. Hak untuk menikmati privasi di rumah tanpa gangguan tidak berasas daripada sesiapa termasuk tuan rumah.
  2. Hak untuk mendiami kediaman yang selamat dan sihat.
  3. Hak untuk mendapatkan notis kenaikan harga daripada tuan rumah.

BOLEHKAH ANDA HANYA BERDIAM DIRI APABILA DISOAL POLIS?

Apabila polis menyiasat suatu kes dan menganggap anda mempunyai maklumat atau pengetahuan mengenai kes tersebut, mereka mungkin akan menyoal anda dan merekodkan jawapan anda dalam kenyataan 112.Semasa memberi Kenyataan 112, anda boleh memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan yang boleh mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. Ini adalah hak untuk berdiam diri menurut Seksyen 112(2) Akta Prosedur Jenayah (Pindaan) 2023.

ADAKAH POLIS WAJIB MEMBERITAHU SEBAB ANDA DITANGKAP SECEPAT MUNGKIN?

Pegawai polis mesti memaklumkan kepada anda sebab anda ditangkap sama ada semasa penangkapan atau segera selepas penangkapan dibuat. Ini dinyatakan di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan ini adalah hak perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia, mana-mana undang-undang lain yang cuba mencampuri hak perlembagaan boleh diisytiharkan tidak sah.

Semasa proses penangkapan juga, anda mempunyai hak untuk mendapatkan peguam.

BOLEHKAH ANDA MENDAPATKAN SEMULA WANG JAMINAN SELEPAS MEMBAYARNYA KEPADA MAHKAMAH?

Wang jaminan pada dasarnya adalah sejumlah wang yang anda bayar untuk dibebaskan dari tahanan polis, supaya anda boleh pulang ke rumah daripada berada di penjara sementara menunggu perbicaraan mahkamah. Jumlah jaminan bertindak sebagai sekuriti, sama seperti cagaran yang anda berikan ketika membuat pinjaman bank. 

Jadi, ya, anda akan mendapatkan wang bail anda kembali jika anda hadiri kesemua perbicaraan mahkamah bagi kes anda.

ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN?

Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set janji temu:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment