MACAM MANA DEFENDAN TAHU MEREKA DISAMAN?

Soalan: Saya dah lama keliru, selama ini macam mana orang yang disaman tahu mereka disaman? Adakah Mahkamah akan menghubungi mereka ataupun peguam cara Plaintif?

Jawapan: Kebiasaannya, peguam cara plaintif yang akan membuat serahan Writ Saman sama ada melalui kurier, serahan tangan, faks, pos berdaftar akuan terima dsb menurut Aturan 62
Kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

BAGAIMANA NAK TAHU JIKA DEFENDAN TELAH MENERIMA WRIT
SAMAN TERSEBUT?

Ada beberapa cara untuk memastikan Defendan telah menerima dan mengambil maklum akan saman tersebut.

  1. Jika serahan tangan dibuat, kebiasaannya Defendan akan menandatangani pendua surat iringan.
  2. Jika melalui serahan AR Registered Post, kad AR tersebut akan dikembalikan kepada peguam cara Plaintif dengan pengakuan penerimaan. Walaubagaimanapun, cara paling kukuh untuk memastikan defendan telah menerima saman adalah apabila mereka memasukkan memorandum kehadiran.

OH TIDAK, SAYA BARU SAHAJA TERIMA WRIT SAMAN, APA YANG SAYA KENA BUAT?

Anda kena masukkan memorandum kehadiran secepat yang mungkin! Memorandum kehadiran adalah memorandum yang dimasukkan oleh defendan untuk mengesahkan dan memaklumkan bahawa defendan sudah pun diwakili oleh peguam cara mereka ataupun akan mewakili diri sendiri bagi membuat pembelaan terhadap tuntutan sivil tersebut.

ALAMAK, BILA SAYA KENA MASUKKAN MEMORANDUM KEHADIRAN NI?

Menurut Aturan 12 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, ada mempunyai 14 hari sahaja daripada tarikh penyampaian writ untuk memasukkan kehadiran!

SAYA TAK SEMPAT MASUKKAN KEHADIRAN, MACAM MANA NI?

Aturan 12 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 turut menetapkan bahawa seorang Defendan TIDAK BOLEH terlewat memasukkan memorandum kehadiran, malah Mahkamah juga boleh perintahkan supaya Defendan tersebut tidak boleh membuat pembelaan.

Walaubagaimanapun, Mahkamah tidaklah kejam. Menurut Aturan 12 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Defendan boleh memohon kepada Mahkamah untuk memasukkan kehadiran lambat jika bersebab dan Mahkamah akan memberikan pertimbangan sewajarnya sebelum
memberi kebenaran.

DEFENDAN MENGELAK DARIPADA MENERIMA SERAHAN WRIT, APA SAYA BOLEH BUAT?

Soalan: Defendan tidak dapat dikesan atau mengelak daripada menerima serahan writ. Apa yang Plaintif boleh buat untuk memastikan serahan tersebut berjaya juga?

Jawapan: Buat serahan gantian menurut Aturan 12 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Serahan gantian boleh dibuat melalui iklan di surat khabar, posting di Facebook dsb menurut
arahan Mahkamah.

ANDA PERLUKAN NASIHAT GUAMAN?

Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!


Hubungi kami untuk set janji temu:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment