Sharing :
KEKECEWAAN KONTRAK DISEBABKAN ‘FORCE MAJEURE’
Liyana The Lawyer
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apakah yang dimaksudkan dengan FORCE MAJEURE ini?
Ianya adalah situasi dimana berlakunya keadaan yang menghalang seseorang daripada memenuhi kontrak. Dalam kata lain, ianya adalah satu KEKECEWAAN dalam melaksanakan kontrak tersebut.
Apabila kontrak dikecewakan, kontrak tersebut bukan sahaja dibatalkan tetapi dibawa ke pengakhiran dengan serta-merta secara automatik. Seksyen 57 (2) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kontrak menjadi tidak sah. Remedi Restitutionary disediakan di bawah s 57 (3) dan s 66 Akta Kontrak 1950.
Di dalam kes Global Destar (M) Sdn Bhd v Kuala Lumpur Glass Manufacturers Co. Sdn Bhd [2007] MLJU 91, fakta kes menunjukkan pada awalnya, melalui sebuah kontrak perjanjian, KLGM telah bersetuju untuk membeli bekalan abu soda dari GDSB.
KLGM berhujah bahawa KLGM terpaksa menamatkan Perjanjian tersebut kerana ‘keadaan darurat ekonomi’ yang telah melanda negara dua tahun yang lalu yang secara ketara telah menjejaskan perniagaan KLGM. Oleh itu, KLGM terpaksa mengambil bekalan dari pembekal yang menawarkan harga bekalan yang lebih murah.
‘Force majeure’ telah dihujahkan sebagai penyebab kenapa pihak KLGM telah ingkar kontrak mereka dengan GDSB. Klausa yang terdapat dalam kontrak tersebut yang disandarkan oleh KLGM adalah:-
[“9.1 Force Majeure.]
[Neither KLG nor GD shall be responsible for failure to perform this Agreement in whole or in part if the non-performance of their obligations under this Agreement has been caused by compliance with any relevant laws or war, strikes, lockouts, breakdowns or other circumstances beyond the control of KLG or GD as the case may be (hereinafter collectively referred to as the “Force Majeure”)”]
Namun yang demikian, Hakim yang bijaksana telah memutuskan bahawa KLGM telah cuba mendalihkan liabiliti mereka diatas keingkaran kontrak tersebut dengan pembelian bekalan dari pembekal yang lebih murah . Alasan Force Majeure tersebut hanyalah dalihan semata-mata.
Nota kaki: dalam kes ini, Mahkamah mendapati TIADA force majeure yang telah berlaku. KLGM pada awalnya telah memaklumkan kepada GDSB bahawa sekiranya GDSB tidak menurunkan harga abu soda sama dengan harga pembekal murah yang lain, maka KLGM akan membelinya dengan pembekal lain yang lebih murah.
Moga bermanfaat,
-Liyana the Lawyer-