Akta Kerja 1955 merupakan undang-undang penting di Malaysia yang mengawal syarat-syarat pekerjaan pekerja. Ia menetapkan hak dan kewajipan kedua-dua majikan dan pekerja.
Pindaan terbaharu kepada Akta Kerja di Malaysia telah dibuat pada tahun 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023. Ia melibatkan menaikkan ambang gaji, melanjutkan cuti bersalin, perkenalkan cuti paternity serta menangani gangguan isu seksual di tempat kerja.
Tiada Kontrak Bertulis? Boleh Berhenti Kerja 24 Jam? Sila Ambil Langkah Berhati-Hati Jika Tidak Mahu Dinafikan Hak Anda!
Jika majikan enggan memberikan kontrak bertulis, maka tidak bermakna tidak wujud suatu kontrak kerja antara pekerja dan majikan serta tidak bermakna pekerja boleh berhenti dalam masa 24 jam. Dibawah Akta Kerja ada dinyatakan notis minima yang perlu diberi. Namun, majikan boleh ketepikan notis (waive) jika dia setuju.
Awas Majikan! Apa Yang Akan Berlaku Jika Majikan Melanggar Undang-Undang Pekerjaan?
- Apabila seseorang atau organisasi didapati bersalah melanggar undang-undang pekerjaan, mereka biasanya dihukum dalam bentuk terpaksa membayar balik ganti rugi ekonomi.
- Juga mungkin dikehendaki berkelakuan dengan cara tertentu oleh mahkamah.
- Individu atau organisasi yang berkelakuan cuai akan menghadapi hukuman yang lebih berat.
Anda tahu? Majikan Atau Pekerja Boleh Menamatkan Kontrak Perkhidmatan Tanpa Sebarang Notis.
Majikan atau pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa memberi sebarang notis dalam keadaan berikut:
- Dengan membayar ganti rugi sebagai ganti notis.
- Sekiranya berlaku pelanggaran yang disengajakan terhadap terma kontrak perkhidmatan.
Majikan Menamatkan Perkhidmatan Pekerja Wanita Yang Sedang Hamil. Kenapa?
Melalui pindaan akta ini, majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja wanita yang sedang hamil atau sakit yang berbangkit daripada kehamilan kecuali dalam keadaan-keadaan berikut:
- Penamatan disebabkan perlanggaran kontrak perkhidmatan yang disengajakan di bawah Seksyen 13(2).
- Penamatan disebabkan salah laku di bawah Seksyen 14(1).
- Penamatan disebabkan penutupan perniagaan majikan.
Buntu Selesaikan Permasalahan Di Tempat Kerja? Sila Ambil Tahu Kepentingan Tentang Undang-Undang Pekerjaan.
- Pastikan semua pihak dalam perniagaan dilayan secara adil dan beretika.
- Membantu mengelakkan gangguan kerja antara pekerja dan pengurusan dengan menetapkan piawaian untuk mentadbir tempat kerja.
- Undang-undang pekerjaan boleh mengurangkan isu yang mungkin timbul di tempat kerja.
Nasihat Perundangan Kontrak Menyeluruh Hanya Untuk Anda!
Anda perlukan jawapan dan jalan penyelesaian dalam tindakan undang-undang? Dapatkan khidmat nasihat guaman dari peguam-peguam kami di Liyana & Co!
Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks.
“Peguam & Penyelamat Anda!”
📞📱Jom set temujanji dan hubungi kami di talian: