| |

Boleh Ke Bila Dapat Surat Saman, Kita Tak Datang Mahkamah?

Penghakiman Ingkar Kehadiran dikeluarkan terhadap defendan apabila mereka gagal untuk memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan setelah diserahkan Writ Saman atau Saman Pemula. Ini menunjukkan kegagalan defendan untuk memberi maklum balas atau mempertahankan kes mereka di mahkamah.

JID boleh berupa penghakiman muktamad atau penghakiman interlokutori, bergantung pada jenis tuntutan yang dimohon oleh plaintif.

Apa yang saya kena buat lepas dah masukkan kehadiran di mahkamah?

Awak perlu failkan pembelaan awak! Jika gagal, Penghakiman Ingkar Pembelaan boleh direkodkan keatas anda!

Penghakiman Ingkar Pembelaan pula adalah sejenis Penghakiman yang direkodkan keatas seseorang Defendan telah memasukkan kehadiran di dalam sesuatu kes, namun gagal memfailkan Pembelaan di dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Penghakiman Ingkar Pembelaan ini juga boleh diketepikan namun Defendan hendaklah mempunyai alasan-alasan yang sangat kukuh untuk memohon agar Mahkamah mengenepikan sesuatu Penghakiman Ingkar Pembelaan.

Defendan tak hadir ke mahkamah? Apa Plaintif boleh buat?

Prosedur-prosedur untuk Memasukkan Penghakiman Ingkar:

  1. Plaintif mengemukakan sijil tidak hadir dalam Borang 12 bersama dengan afidavit perkhidmatan yang sewajarnya.
  2. Notis bertulis perlu 1diserahkan kepada defendan, memberikan tempoh notis selama 7 hari.
  3. Setelah berpuas hati, mahkamah boleh mengeluarkan arahan untuk memasukkan penghakiman ingkar.

Boleh ke Defendan Memohon untuk Mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran?

Defendan boleh memohon untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar (JID) dalam keadaan tertentu.

Tapi, permohonan untuk mengetepikan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari selepas menerima JID, seperti yang diperuntukkan di bawah Aturan 42, Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Kepatuhan kepada had masa ini adalah penting. Jika defendan ingin mengetepikan JID selepas tempoh 30 hari, mereka mesti terlebih dahulu membuat permohonan untuk lanjutan masa di bawah Aturan 3, Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebelum meneruskan permohonan untuk mengetepikan JID.

Situasi-situasi di Mana Penghakiman Ingkar Mungkin Tidak Dapat Dimasukkan:

  1. Apabila kerajaan disaman dalam prosiding sivil tanpa kebenaran;
  2. Apabila Defendan adalah seorang bawah umur atau pesakit dan tiada kehadiran yang dimasukkan bagi pihaknya oleh wakil litigasi; dan
  3. Apabila writ yang diserahkan kepada Defendan tidak diendorskan dengan keperluan yang diperuntukkan di bawah Aturan 10 Kaedah (1) 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

APA ITU PENGHAKIMAN TERATUR DAN PENGHAKIMAN TIDAK TERATUR?

Mahkamah perlu terlebih dahulu menentukan sama ada penghakiman tersebut adalah penghakiman teratur atau tidak teratur. Penghakiman yang tidak teratur, yang diperoleh tanpa pematuhan ketat terhadap Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, akan menyebabkan prosiding terbatal dan akan diketepikan ex debitio justitiae (sebagai hak).

Sebaliknya, jika penghakiman itu teratur, mahkamah perlu menilai sama ada defendan mempunyai pembelaan yang bermerit sebelum meneruskan tindakan selanjutnya.

APAKAH ITU ‘PEMBELAAN BERASASKAN MERIT’?

‘Pembelaan berasaskan merit’ adalah apabila satu isu yang boleh dihujahkan atau dipertikaikan dibangkitkan.

Misalnya, kecuaian sertaan. Zaidi menyatakan bahawa Amir yang melanggar lampu merah merupakan punca kemalangan. Namun, Amir berpendapat, Zaidi yang melebihi had kelajuan juga menyebabkan kemalangan tersebut. Jadi, kenyataan Amir menunjukkan kecuaiaan sertaan yang merupakan isu yang boleh dihujahkan yang juga merupakan pembelaan berasaskan merit.

Anda tak mahu diri anda tersepit dengan Penghakiman Ingkar?

Perlukan khidmat guaman untuk kes anda? Hubungi kami sekarang!

https://wa.me/60123640086

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *