| |

PERINGKAT PENGURUSAN HARTA PUSAKA SI MATI

Ringkasnya, ia boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis peringkat:-

  1. Permohonan geran surat kuasa mentadbir / geran probet
  2. Permohonan pembahagian harta pusaka
  3. Permohonan pindah milik / tukar nama harta peninggalan si mati kepada nama waris-waris

BOLEHKAH SURAT KUASA MENTADBIR DIBATALKAN ATAU DIPINDA?

Ya, Mahkamah mempunyai kuasa di bawah Seksyen 34 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang menyatakan seperti berikut:

“Any probate or letters of administration may be revoked or amended for any sufficient cause”

Tiada tafsiran jelas berkenaan ‘sufficient cause’, tetapi dalam beberapa kes Mahkamah yang mantap, ia dilihat dalam mengambil kira “the due and proper administration of the estate and the interests of the parties beneficially entitled thereto”.

PEWARISAN HARTA PUSAKA INDIVIDU MUALLAF

Soalan:

Alex baru sahaja memeluk agama Islam, ibu bapa dan adik beradiknya masih beragama Kristian. Adakah ibu bapa dan adik beradik Alex boleh mewarisi harta pusaka Alex selepas Alex meninggal dunia?

Jawapan:

  • TIDAK BOLEH.
  • Harta pusaka orang Islam hanya boleh diwarisi oleh ahli keluarga yang beragama Islam sahaja.
  • Begitu juga orang Islam tidak mewarisi harta pusaka orang bukan Islam.
  • Dalam situasi Alex, segala harta milik Alex akan diserahkan kepada pihak Baitulmal.

ISU PENTADBIR HARTA PUSAKA – SALAH GUNA KUASA & PECAH AMANAH!

Wati v Melah & 5 yang lain [2023] 1 LNS 2174 – bukan nama sebenar

Bahagian 1

Wati memfailkan tindakan ini untuk mendapatkan perintah bagi meminda nama Defendan Ke-6 (Siti-bukan nama sebenar) dalam Pemberian Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka arwah bapanya.

Wati memohon supaya nama Siti digantikan dengan namanya atas alasan Siti sebagai seorang pentadbir bersama telah menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah dalam menjalankan tugas fidusiari.

Wati dan Siti ni adalah adik beradik. Jadi isu di sini berkaitan pentadbiran harta pusaka arwah bapa mereka yang telah meninggalkan 29 bidang hartanah dan beberapa simpanan akaun bank!

Defendan Pertama adalah isteri arwah dan Defendan ke-2 hingga ke-6 adalah anak-anak arwah. Siti telah dilantik menjadi pentadbir bersama-sama ibunya, Melah.

ISU PENTADBIR HARTA PUSAKA – SALAH GUNA KUASA & PECAH AMANAH!

Wati v Melah & 5 yang lain [2023] 1 LNS 2174 – bukan nama sebenar

Bahagian 2

Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan dalam kes ini. Namun, perkongsian kali ini hanya akan mengetengahkan berkenaan isu Siti yang didakwa tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pentadbir bersama.

Antara dakwaan Wati adalah:-

– Siti menyimpan secara salah dan tidak mengagihkan wang simpanan bank arwah kepada Defendan ke-4.

– Siti mengambil wang, dividen dan faedah daripada pelaburan arwah dan tidak mengagihkannya kepada Defendan Pertama hingga ke-5.

– Siti tidak mengagihkan hasil tanaman kelapa sawit peninggalan arwah kepada Defendan ke-4.

Siti bertegas menafikan segala dakwaan dan menyatakan dia telah mentadbir harta peninggalan arwah dengan betul.

ISU PENTADBIR HARTA PUSAKA – SALAH GUNA KUASA & PECAH AMANAH!

Wati v Melah & 5 yang lain [2023] 1 LNS 2174 – bukan nama sebenar

Bahagian 3

Mahkamah berpendapat tindakan yang telah dilakukan oleh Siti sebagai pentadbir adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah harta pusaka arwah yang belum diagihkan kepada waris-waris.

Siti telah dilantik sebagai pentadbir selama tempoh lebih kurang 13 tahun. Dalam tempoh tersebut, pembahagian harta pusaka arwah kepada waris-waris masih belum disempurnakan.

Mahkamah mendapati tempoh itu mencukupi untuk Siti mentadbir harta pusaka arwah. Tiada sebab untuk Siti terus menjadi pentadbir harta pusaka arwah dan pengagihan harta pusaka arwah perlulah dilakukan segera.

Tindakan Siti sebagai seorang pentadbir bersama harta arwah telah mendatangkan kesusahan, kerugian dan kesukaran kepada waris- waris sah. Keadaan ini telah menimbulkan suatu sufficient cause seperti peruntukan Seksyen 34 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 untuk Mahkamah meminda Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka arwah.

Akhirnya, Mahkamah membenarkan permohonan Wati untuk meminda nama Siti sebagai pentadbir bersama, kepada namanya.

ADA KEKELIRUAN BERKENAAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA?

Jom dapatkan khidmat guaman daripada peguam profesional kami yang sudah berpengalaman 11 tahun! Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami untuk set janji temu:

https://wa.me/60123640086

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *