|

Pengarah syarikat menurut Akta Syarikat 2016?

Pengarah syarikat menurut seksyen 196 Akta Syarikat 2016 ialah seseorang sebenar yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan hendaklah bermastautin di Malaysia. Dalam sesebuah syarikat, bilangan minimum pengarah bagi syarikat persendirian adalah seorang pengarah, manakala, dalam syarikat awam adalah dua orang pengarah. 

Pengarah tidak boleh meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya jika dengan perletakan jawatan itu, bilangan pengarah menjadi kurang daripada bilangan minimum yang dikehendaki.

Kewajiban fidusiari pengarah syarikat.

Kewajiban fidusiari  pengarah syarikat dinyatakan di bawah seksyen 213 (1) Akta Syarikat 2016 di mana pengarah hendaklah pada setiap masa menjalankan kuasanya mengikut Akta ini, bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati untuk kepentingan syarikat.

Tanggungjawab pengarah syarikat bagi perdagangan secara fraud.

Seksyen 540 (1) Akta Syarikat 2016 menyatakan jika dalam perjalanan penggulungan syarikat atau dalam mana-mana prosiding terhadap sesuatu syarikat didapati bahawa perniagaan syarikat itu dijalankan dengan niat untuk memfraud pemiutang atau orang lain, Mahkamah boleh mengisytiharkan pihak yang menjalankan perniagaan secara fraud itu bertanggungjawab sendiri, tanpa apa-apa batasan tanggungan bagi semua atau apa-apa hutang atau tanggungan lain syarikat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah. 

Oleh itu, jika pengarah menjalankan perdagangan secara fraud, Mahkamah menyatakan dia bertanggungjawab sendiri atas perkara tersebut.

Kesan pelanggaran kewajiban fidusiari.

Jika anda tidak menjalankan kewajiban fidusiari anda dengan betul, adakah anda boleh disaman?

Ya. Kesan pelanggaran kewajiban fidusiari oleh pengarah syarikat yang melanggar kewajiban fidusiarinya adalah anda bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan dan boleh dikenakan penjara bagi tempoh yang panjang ataupun denda yang berat.

‘Pengarah lelap’ atau pengarah bukan eksekutif’  di dalam syarikat.

Siapakah pengarah lelap/pengarah bukan eksekutif di dalam syarikat? Pengarah lelap/Pengarah bukan eksekutif merupakan pengarah yang tidak terlibat dalam pengurusan harian dan operasi syarikat. Kebiasaannya, pengarah bukan eksekutif dilantik mengikut kepakaran dalam urusan melibatkan Lembaga Pengarah. Oleh itu, mereka akan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah secara berkala, menganalisis laporan pengurusan mengenai perniagaan, meluluskan resolusi atau memberi kuasa kepada pengurusan untuk bertindak dengan pihak berkuasa Lembaga Pengarah.

Adakah pengarah lelap mempunyai kewajiban fidusiari?

Dalam kes LKWSP v AR Sdn.Bhd [2003] 4 MLJ 729, P telah menyaman D1 hingga D-10 bahawa D1 adalah majikan dan hendaklah menyumbang setiap bulan kepada pekerja-pekerjanya. P menyatakan bahawa D1 telah gagal membayar sejumlah wang yang besar sejak 1998 hingga 2000. Penolong kanan pendaftar telah mendengar permohonan P untuk penghakiman terus, namun D4 hingga D6 merayu. D6 menyatakan bahawa beliau telah dilantik secara tidak rasmi sebagai pengarah tidak memegang saham ataupun ekuiti di dalam D1 dan tidak terlibat dalam pengurusan harian D1. 

Mahkamah menolak rayuan D6 dan menyatakan Pengarah-pengarah adalah alter ego sesuatu syarikat. Ia tidak berpatutan untuk seorang pengarah cuba melepaskan diri daripada kebersalahan dengan memohon bahawa beliau adalah pengarah lelap atau pengarah yang tidak aktif.

“Peguam & Penyelamat Anda!”

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *