Gangguan yang tidak sah terhadap penggunaan tanah seseorang, atau beberapa hak ke atas atau berkaitan dengannya.
Objektifnya adalah untuk mengimbangi kepentinga antara jiran dan untuk menentukan pada titik manakah gangguan menjadi tidak tertanggung
Jenis-jenis Gangguan
- Pencerobohan ke atas tanah plaintif
– Memasuki tanah orang lain
- Kerosakan fizikal ke atas tanah plaintif
– Di mana plaintif mengalami kerosakan sebenar kepada harta tersebut
– Dalam kes Hotel Continental SB v Cheong Fatt Tze Mansion SB, mahkamah memberikan injunksi walaupun kerja-kerja piling ke hotel defendan bersifat sementara kerana ia telah menyebabkan keretakan pada bangunan warisan plaintif.
- Gangguan terhadap keselesaan dan kemudahan plaintif
– Di mana plaintif tidak mengalami kerosakan fizikal kepada hartanya tetapi merasa tidak selesa.
– Dalam Bone v Seal, mahkamah mendapati defendan bertanggungjawab kerana bau busuk yang datang dari ladang khinzir selama 12 tahun adalah gangguan.
Elemen Kacau Ganggu
- Gangguan Substansial
– Plaintif mesti mengalami kerosakan
– Dalam kes Hotel Continental SB v Cheong Fatt Tze Mansion SB, mahkamah memberikan injunksi walaupun kerja piling ke hotel defendan bersifat sementara kerana ia telah menyebabkan gangguan substansial, iaitu kemunculan retakan, pada bangunan warisan plaintif
2. Tidak Munasabah
Peraturan: Gangguan tersebut mesti tidak munasabah sebelum ia boleh dianggap tidak sah.
“TEST” MUNASABAH
Menurut Buckley J dalam Saunders-Clark v Grosvenor Mansions Co Ltd, mahkamah mesti mempertimbangkan sama ada defendan menggunakan harta tersebut secara munasabah atau tidak. Jika dia menggunakan harta tersebut secara munasabah, tiada apa yang boleh dianggap sebagai gangguan mengikut undang-undang, tetapi jika dia tidak menggunakannya secara munasabah, plaintif berhak untuk mendapatkan haknya.
Faktor Munasabah
- Kawasan Setempat
– Apa yang dianggap sebagai gangguan di satu negara mungkin tidak dianggap sebagai gangguan di negara lain.
– Dalam Laws v Florinplace, mahkamah mendapati defendan bertanggungjawab kerana kedai seks di kawasan perumahan dianggap tidak munasabah, dengan itu ia menjadi gangguan.
- Gangguan yang teruk
– Jika aktiviti defendan hanya berlaku sekali seminggu dan tidak menyebabkan kerosakan fizikal kepada harta plaintif, maka ia tidak boleh dianggap sebagai gangguan.
Siapa yang boleh menyaman dalam Tort Kacau Ganggu?
Plaintif mesti mempunyai kepentingan dalam harta yang terjejas.
Plaintif juga mesti mempunyai hubungan dengan harta tersebut seperti mempunyai hak milik, pemilikan, atau penghuni tanah tersebut.
Ini mengecualikan mereka yang tidak mempunyai kepentingan, oleh itu seseorang tidak boleh menyaman tanpa kepentingan dalam tanah seperti tetamu hotel, pemegang lesen, isteri, anak-anak.
Dalam kes Malone v Laskey, mahkamah menolak remedi plaintif untuk kecederaan yang dialaminya akibat dari tapak pembinaan defendan kerana dia tidak mempunyai kepentingan dalam harta tersebut.
“Peguam & Penyelamat Anda!”
📞📱Jom set temujanji dan hubungi kami: