PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR BAGI HARTA PUSAKA?

BILA PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR BOLEH DIBUAT?

  • Sebolehnya uruskanlah secepat yang mungkin selepas selesai urusan pengkebumian.
  • Semak sama ada si mati ada meninggalkan wasiat atau pun tidak.
  • Bagi melicinkan urusan, pastikan bincang dahulu dengan ahli waris yang berhak dan dapatkan kerjasama mereka.
  • Jika terdapat waris yang enggan bekerjasama, ia akan menyukarkan dan melambatkan proses permohonan surat kuasa mentadbir kelak.

ADAKAH WASIAT ITU PERLU?

Sebenarnya, perkara ini bergantung kepada individu itu sendiri.

Namun, untuk kelancaran pembahagian harta peninggalan individu tersebut selepas meninggal dunia, disarankan untuk membuat wasiat sebagai persediaan.

Ini juga untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari dalam kalangan ahli waris yang akan menuntut hak mereka nanti.

Dengan wasiat, segala harta yang dimiliki boleh dibahagikan atau diberikan mengikut cara yang individu tersebut kehendaki.

SI MATI ADA MENINGGALKAN PINJAMAN PERUMAHAN?

  • Pinjaman perumahan ini tidak termasuk di bawah harta peninggalan si mati yang perlu dibahagikan kepada waris.
  • Ia dikategorikan sebagai liabiliti atau hutang si mati yang mana hutang tidak akan ditanggung atau diwariskan kepada waris.
  • Semak dengan pihak bank tentang baki tunggakan pinjaman perumahan yang dibuat oleh si mati.
  • Semak sama ada si mati ada mengambil atau memohon insurans pinjaman perumahan sebagai perlindungan.

ADAKAH PENTADBIR DAN PENAMA ITU SAMA?

Kedua-duanya mempunyai peranan yang berbeza.

  • Pentadbir adalah individu yang diberi kuasa contohnya oleh Mahkamah Tinggi untuk mentadbir harta pusaka si mati.
  • Penama pula adalah individu yang dinamakan oleh si mati sebagai contoh dalam simpanan KWSP atau simpanan Tabung Haji miliknya.
  • Penama boleh mengeluarkan simpanan KWSP atau simpanan Tabung Haji milik si mati tersebut selepas kematian si mati tanpa memerlukan Perintah daripada agensi berkaitan.

APAKAH TUGAS SEORANG PENTADBIR HARTA PUSAKA?

  • Memohon surat kuasa mentadbir bagi mendapatkan kuasa untuk mentadbir harta pusaka si mati.
  • Mengenal pasti aset milik si mati dan mentadbir asset tersebut sebaiknya. Menyelesaikan hutang jika ada kepada pihak-pihak yang berkaitan.
  • Menyimpan segala rekod dan dokumen berkenaan sebarang urusan yang dilakukan dalam mentadbir harta pusaka si mati.
  • Pentadbir juga berhak menuntut kos pengurusan atau perbelanjaan yang dikeluarkan dalam mentadbir harta pusaka.

TUNTUTAN CUCU BERKENAAN HARTA PUSAKA ARWAH NENEK

Mazlan lwn Siti [2012] MLJU 101-bukan nama sebenar

Mazlan mohon kaveat persendiriannya ke atas hartanah-hartanah arwah neneknya iaitu Aminah dikekalkan sehinggalah semua hartanah itu dibahagikan kepada waris yang berhak menurut satu Sijil Faraid tahun 2007.

Mazlan mendakwa dia adalah cucu kepada arwah Aminah. Siti pula adalah pentadbir harta pusaka arwah Aminah. 

Semua hartanah adalah berdaftar atas nama Siti, jadi Mazlan nak tuntut haknya sebagai waris arwah Aminah.

Namun, Mazlan tidak mendakwa terdapatnya fraud, salah nyata atau pemalsuan dan sebagainya oleh Siti untuk membolehkan hakmilik hartanah-hartanah tersebut dipindahmilik kepadanya.

Mahkamah juga berpendapat keesahan Sijil Faraid 2007 adalah diragukan kerana tiada meterai kononnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.

Malah, Mazlan gagal mengemukakan sijil beranak arwah bapanya untuk membuktikan jika benar arwah Aminah itu adalah neneknya.

Maka, Mahkamah menolak permohonan Mazlan kerana gagal mengemukakan bukti dia mempunyai kepentingan yang boleh dikaveatkan ke atas hartanah-hartanah tersebut.

Ada kekeliruan berkenaan pusaka? Hubungi kami sekarang!

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment