Sharing :
Mangsa Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Menang RM120,000!
Liyana The Lawyer
Kes saya nak kongsi pada hari ini adalah mengenai kes gangguan seksual yang berlaku kepada pekerja Lembaga Tabung Haji iaitu Mohd Ridzwan bin Abdul Razak (Ridzwan) v Asmah bt Hj Mohd Nor (Asmah). Asmah adalah orang bawahan kepada Ridzwan yang bertugas untuk melapor terus kepadanya.
Pada 29.7.2009, Asmah membuat aduan kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tentang gangguan seksual oleh Ridzwan. Hasil daripada aduan tersebut, jawatankuasa syarikat menjalankan siasatan bermula dari 1.9.2009 hingga 16.9.2009.
Jawatankuasa tersebut mendapati bahawa tidak ada bukti yang mencukupi untuk membenarkan tindakan tatatertib yang harus diambil terhadap Ridzwan.
Walau bagaimanapun, Jabatan Sumber Manusia syarikat memutuskan untuk mengeluarkan amaran tatatertib yang serius kepada Ridzwan. Asmah memohon untuk ditukarkan jabatan dan kemudian dipindahkan ke Bahagian Undang-Undang syarikat.
Terkejut dengan aduan tersebut, Ridzwan membuat aduan rasmi kepada syarikat kerana Ridzwan menekankan aduan dibuat Asmah adalah fitnah dan telah merosakkan reputasi dan kedudukan Ridzwan sebagai seorang muslim dan sebagai anggota pengurusan kanan syarikat yang menyebabkan kontrak Ridzwan bersama syarikat tidak diperbaharui.
Pada 9.12.2011, Ridzwan mengeluarkan surat perintah menentang Asmah yang menyatakan Ridzwan tidak membuat gangguan seksual terhadap Asmah dan bahawa Ridzwan telah difitnah oleh Asmah. Ridzwan menuntut Asmah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan tuntutan ganti rugi kepada Ridzwan.
Asmah mengemukakan pembelaannya dan juga tuntutan balas terhadap Ridzwan pada 28.12.2011. Seperti yang dinyatakan dalam Penyataan Tuntutan (dari surat aduan); gangguan seksual adalah seperti berikut:
(a) Pada 19 Julai 2009 jam 8.15 a.m, Dr. Ridzwan mengucapkan kata-kata tidak senonoh terhadap saya di Pejabat;
(b) Dr. Ridzwan gemar membuat jenaka kotor berorientasikan seks di hadapan orang bawahannya tanpa sedikitpun rasa hormat pada pekerja bawahan wanita;
(c) Dr. Ridzwan telah menggunakan kata-kata lucah di e-mel yang saya anggap sangat mengganggu, tidak beretika dan tidak boleh ditoleransi;
(d) Dr. Ridzwan berulang kali menawarkan saya sekiranya saya mahu untuk menjadi isteri keduanya. Gurauan “tawaran” itu tidak kelakar sama sekali … saya rasa sangat jijik dengan ‘tawarannya’ dan yang paling utama saya terasa terhina dan dimalukan;
(e) Dr. Ridzwan telah mengambil kesempatan dengan jawatannya sebagai bos bahawa dia hanya akan mengatakan apa sahaja yang dia mahukan tanpa mempertimbangkan batas dan perasaan dan persepsi orang lain … dia tidak akan terganggu dengan perbuatan dan tidak perlu dan perlu dan yang paling penting ialah etika kerja; dan
(f) Tingkah laku tidak bermoral Dr. Ridzwan telah memberi kesan kepada saya secara psikologi.
Dalam pembelaannya, kata-kata kesat dan lain-lain yang diucapkan oleh Ridzwan telah diperincikan, antaranya;-
- ‘Fuck you’;
- ‘Kalau cari husband cari yang beragama, bertanggungjawab, macam I’, ‘You kena buat sembahyang istikharah dan kalau you mimpi, you akan berjimak dengan orang tu;
- ‘Ingat tak seorang Cina masa di Bank dulu? Kalau you pergi meeting, you kena tebalkan muka, you kena ada strong “ball”;
- ‘Kalau you nak tahu ‘benda’ lelaki tu berfungsi ke tak ikut orang-orang tua, ikat ‘benda’ tu dekat tali. Tali tu sambungkan dengan buah kelapa. Kalau buah kelapa tu terangkat, maksudnya ‘benda’ tu ‘good’. “Sexual graph of a person, men after 50 is no use. Kalau 20 it shoot up. 30 graf turun. When 40, it shoots up again’;
- F-U-C-K” (was the appellant’s laptop password);
- “ANOTHER SOB, TYPICAL HOMEBREED”;
- “I AM BEGINNING TO HATE VERY MUCH THESE HOMEBREED, WORST THAN KHINZIR”;
- “You nak kahwin dengan I tak, I banyak duit tau”;
- “Would you prefer married man”;
- “You ni selalu sangat sakit. You kena kahwin tau. You nak tak laki orang”;
.
Secara ringkas, Asmah mengaku bahawa gangguan seksual telah membuatnya trauma secara emosional dan mental. Pernyataan ini didasari dengan laporan psikiatri.
Yang Arif Hakim memerintahkan Ridzwan membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Asmah. Pada 24 Sept 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tuntutan Ridzwan terhadap Asmah. Ia membenarkan tuntutan balas, memberikan ganti rugi, sejumlah award RM120,000 kepada Asmah.
Sekian, moga perkongsian saya ini membuka minda anda tentang betapa dasyatnya hukuman bagi pesalah laku gangguan seksual di Malaysia.
Liyana the Lawyer