“Kemalangan dengan anjing liar di jalan raya? Boleh ke ambil tindakan saman terhadap majlis bandaraya?”
SOALAN:
Saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan anjing liar sehingga saya mengalami kecederaan yang teruk. Bolehkah saya membuat tuntutan pada pihak majlis
bandaraya? Saya buntu.
JAWAPAN:
Haiwan liar di Jalan raya bukanlah tanggungjawab sepenuhnya pihak majlis bandaraya. Keadaan di Jalan raya adalah tanggungjawab setiap individu. Pastikan anda memandu dengan berhemah. Akan tetapi, anda boleh dapatkan advise peguam dulu jika nak memulakan apa-apa tuntutan saman.
“Boleh ke nak saman orang ketiga dalam rumahtangga?”
SOALAN:
Boleh ke saya nak saman orang ketiga dalam hubungan kami suami isteri? Boleh bantu saya sebab saya sangat buntu.
JAWAPAN:
Saya banyak terima soalan begini. Bukan tak boleh tapi bergantung kepada bukti-bukti yang kita ada untuk dakwaan tersebut. Kena set sesi konsultasi dulu supaya saya dapat advise lebih detail kerana setiap kes jalan ceritanya tidak sama.
“Adakah perjanjian pre-nuptial sah bagi muslim?”
SOALAN:
Boleh ke saya nak buat kontrak pernikahan dengan pasangan saya dengan syarat-syarat tertentu supaya pasangan saya terikat dengan kontrak tersebut.
JAWAPAN:
Boleh, jika anda bukan beragama islam. Kontrak tersebut sah diguna pakai. Tetapi jika anda seorang muslim, kontrak tersebut tidak sah dibuat kerana kita terikat kepada tuntutan agama. Anda nak tahu lebih lanjut?Jom hubungi kami sekarang.
“Kontrak perniagaan yang berat sebelah?”
SOALAN:
Saya ada projek baru berkaitan bisnes saya dengan pihak ketiga. Kontrak berniagaan disediakan oleh pihak mereka dan bila saya baca kontrak tersebut seperti berat sebelah. Banyak kelebihan hanya pada mereka. Apa saya boleh buat?Saya buntu.
JAWAPAN:
Sebelum anda tandatangan sesuatu kontrak, pastikan anda baca dan fahami dahulu isi kandangan kontrak tersebut. JANGAN tandatangan kontrak yang berat sebelah, kelak anda akan susah dan rugi. Jika anda tidak yakin atau faham terma-terma untuk didalam kontrak tersebut, anda boleh dapatkan nasihat dengan peguam untuk pastikan kontrak tersebut adil pada kedua-dua pihak.
“berbalah dengan keluarga disebabkan harta pusaka?!”
SOALAN:
Saya telah kehilangan Ayah pada bulan lepas dan arwah ayah meninggal beberapa harta yang perlu diuruskan. Tetapi harta peninggalan tidak dapat diuruskan dengan baik dan mendapat pertikaian dari waris yang lain. Apa saya patut buat? Saya buntu.
JAWAPAN:
Sering kali juga saya mendapat pertanyaan seperti ini. Ramai keluarga berbalah disebabkan oleh harta pusaka. Kes harta pusaka bertikai ini boleh diuruskan tetapi anda mesti melantik peguam kerana urusannya yang agak kompleks kerana tidak mendapat kerjasama waris lain. Jika nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi pada talian dibawah.
PERLUKAN NASIHAT GUAMAN DARI LIYANA & CO?
Temujanji bersama peguam kami boleh melalui tiga (3) cara iaitu:
• Panggilan Telefon
• Atas talian (Google Meet/Zoom)
• Perjumpaan di Pejabat
Peguam-peguam kami mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menyelesaikan masalah perundangan yang kompleks untuk orang ramai.
“Peguam & Penyelamat Anda”
Hubungi kami di talian: https://wa.me/60123640086