ANDA TAHU APA ITU PELAKSANAAN PENGHAKIMAN?

Setelah suatu penghakiman atau perintah dikeluarkan oleh mahkamah, pihak-pihak mestilah mematuhi dan melaksanakan penghakiman tersebut.

Namun, ada juga pihak yang tidak patuh dan tidak berbuat apa-apa seperti yang telah diperintahkan mahkamah.

Sebagai contoh:

Ali membuat tindakan saman sivil terhadap Borhan kerana gagal menyelesaikan bayaran jual beli RM500,000 dan mahkamah memerintahkan Borhan untuk membayar jumlah tersebut. Tetapi Borhan kemudiannya tidak membayar.

Di sini, Ali boleh membuat tindakan guaman terhadap Borhan melalui cara pelaksanaan penghakiman yang sesuai. Ia bertujuan untuk menguatkuasakan penghakiman RM500,000 yang telah diperolehi dan menuntut haknya terhadap Borhan.

Ada beberapa kaedah pelaksanaan penghakiman yang boleh digunakan. Dalam perkongsian kali ini saya akan kongsikan 4 kaedah.

SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN

Penghutang Penghakiman akan dipanggil ke mahkamah untuk memberikan keterangan berkenaan aset dan pembayaran hutang.

Perintah boleh dikeluarkan untuk Penghutang Penghakiman membayar jumlah penghakiman secara sekali gus atau ansuran.

Jika Penghutang Penghakiman gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap boleh dikeluarkan. Jika selepas dipanggil dia masih gagal mematuhi perintah untuk membayar, tindakannya itu boleh dianggap sebagai penghinaan kepada mahkamah dan boleh dipenjarakan.

WRIT SITA DAN JUAL

Pemiutang Penghakiman akan mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk menyita aset alih Penghutang Penghakiman.

Syerif atau bailif akan diperintahkan untuk membuat sitaan atau rampasan di premis Penghutang Penghakiman tersebut. 

Kemudian, aset tersebut akan dijual melalui proses lelongan untuk menyelesaikan hutang yang gagal dibayar oleh Penghutang Penghakiman.

GARNISI

Ini adalah salah satu kaedah jika Penghutang Penghakiman mempunyai akaun bank.

Pemiutang Penghakiman akan mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk mengarahkan pihak bank melampirkan jumlah akaun Penghutang Penghakiman.

Perintah mahkamah juga boleh didapatkan untuk pihak bank membekukan akaun Penghutang Penghakiman.

Seterusnya, pihak bank akan diperintahkan untuk menyerahkan wang yang ada dalam akaun Penghutang Penghakiman kepada Pemiutang Penghakiman untuk menyelesaikan hutang penghakiman.

KEBANKRAPAN

Bankrapsi dibuat untuk memufliskan Penghutang Penghakiman yang merupakan seorang individu terutamanya jika penghakiman melibatkan duit.

Pemiutang Penghakiman boleh memfailkan tindakan kebankrapan sekiranya amaun keberhutangan berjumlah RM100,000.

Jika seseorang telah dibankrapkan, terdapat banyak implikasi yang akan membataskan Penghutang Penghakiman seperti akaun bank dinyah aktif, sekatan dalam pengeluaran wang dan sekatan pekerjaan.

DIBANKRAPKAN KERANA GAGAL BAYAR BAKI DEPOSIT DAN BAKI HARGA JUAL BELI HARTANAH!

JULIA & ANOR V CHOO [2022] MLJU 2755 (bukan nama sebenar)

Julia dan kawannya, Anna telah memasuki Perjanjian Jual Beli hartanah dengan Choo tetapi tidak membayar baki deposit dan baki harga beli. Choo menyaman mereka dan berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk tuntut bayaran daripada Julia dan Anna.

Namun, Julia dan Anna gagal mematuhi perintah mahkamah untuk membayar dan Choo pun membuat tindakan kebankrapan.

Julia dan Anna kemudian memfailkan tindakan untuk mengetepikan notis kebankrapan kerana ada isu berkenaan jumlah tuntutan.

Mahkamah menolak permohonan Julia dan Anna untuk mengetepikan notis kebankrapan setelah gagal memfailkan notis atau afidavit kepada Choo untuk membantah isu berkenaan.

Sering tertanya-tanya apakah solusi terbaik untuk masalah guaman anda?

Kami ada jawapannya!

Hubungi kami sekarang untuk dapatkan khidmat guaman dan konsultasi daripada peguam-peguam profesional kami yang sudah sedekad berada dalam bidang guaman!

Apa tunggu lagi?

Hubungi kami untuk set temujanji:

https://wa.me/60123640086

Like this article?

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Linkdin
Share on Pinterest

Leave a comment